Wednesday, October 7, 2009

Kursus Pengurusan Organisasi dan Pemurnian MPO

Kursus berkenaan telah selamat diadakan pada 06 Oktober 2009 di BTPN Selangor. Kumpulan sasaran ialah PTP DGA32 PKG. Namun begitu, disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, banyak PKG yang diwakili oleh samada PTP DGA29, PT atau Juruteknik.

Penceramah jemputan ialah En. Shamsuddin Mohamad, KPP Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA Malaysia. Beliau merupakan bekas pegawai BTP dan sekarang ini bertugas di JPA sebagai kaunselor. Memang banyak input yang diperolehi daripada beliau... apa yang perlu ialah melakukan perubahan selaras dengan saranan beliau. Sesebuah organisasi yang kukuh perlu dibina hail daripada komitmen dan komunikasi yang jitu.

Pada sebelah petang dan malam pula, slot berkisar kepada Etika Pemantauan dan Penyeliaan PKG ke Sekolah. Slot ini dikendalikan oleh En. Ab. Salam bin M. Kabir Sahib, PTP DGA32 PKG Jalan Meru. Banyak juga input yang diperolehi... banyak juga kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini... jadi slot ini amat baik sekali kerana memberi peluang kepada kami untuk muhasabah diri terhadap kerja-kerja pemantauan dan penyeliaan sekolah sebelum ini.

Bengkel akan disambung selama dua hari lagi sehingga Khamis (09 Oktober 2009). Tahniah kepada pihak UPSP dan saya bersyukur kerana dapat menghadiri kursus ini.

No comments: