Monday, August 31, 2009

Pengisian Data SSQS

Tarikh untuk mengisi data SSQS telah pun tamat semalam (30 Ogos). Prestasi Pengisian Data SSQS bagi sekolah ahli PKG Kalumpang adalah seperti berikut :

SELAMAT MEYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Thursday, August 27, 2009

Pemantauan NILAM Cemerlang

Hari ini, saya telah bertamu di sebuah sekolah menengah yang akan menjadi wakil daerah Hulu Selangor ke Pertandingan Pengurusan NILAM Cemerlang iaitu SMK Serendah. Saya disambut oleh Pn. Salamah Udin, GPM sekolah ini beserta dengan beberapa orang rakan guru dan pelajar sekolah ini.

Hasil daripada pemantauan awal ini, adalah didapati bahawa sekolah ini dalam proses bersedia lagi... sempat ke untuk penilaian pada 1 September nanti? Nasib le, saya tak dapat membantu banyak kerana ada komitmen lain pula...

Bengkel Mengemaskini Pengurusan PKG

Bengkel diadakan bermula daripada 25hb. Ogos 2009 sehinggalah ke tarikh Penilaian PKG Cemerlang Negeri Selangor. Siapa yang terlibat? Sapa lagi kalau bukan staf PKG yang ada tiga orang ni... Sekarang ni tinggal En. Abd. Wahi, Pn. Khairul Faridah dan En. Muhammad Amin (JT FT17). En. Muhammad Nazzary telah pun bertukar sebagai KPT N22 di PPD Hulu Selangor.

Lepas ni nanti ada la grup GPM dan Juruteknik sekolah yang akan membantu pihak PKG...
Berpeluh-peluh le buat kerja, apatah lagi di bulan puasa ni... tak pe lah, nanti kita buat Majlis Buka Puasa sesama staf ye...

Sunday, August 23, 2009

Bengkel Pengurusan Stor PKG




Semua PT dan PTP 2 PKG daerah Hulu Selangor telah berkumpul di PKG Kalumpang bagi melaksanakan cara baru Pengurusan Stor seperti mana kursus yang telah diikuti oleh PT pada bulan Jun yang lepas. Semua barang dan bahan yang berada di stor PKG telah disenaraikan dan diisikan ke dalam kad petak. Semoga usaha ini akan dapat memantapkan lagi pengurusan stor PKG.



Lambat sikit nak keluarkan berita ini kerana saya telah mendapat demam selesema, batuk dan pening kepala sekembalinya dari Penghakiman Anugerah PSS Cemerlang negeri Selangor. Nasib baik negatif... doktor menyatakan suhu badan masih di bawah kawalan iaitu 36.7 %C.

Selamat Berpuasa

Hari ini merupakan hari ke 2 umat Islam berpuasa. Amalan wajib bagi melengkapkan rukun Islam. Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam khususnya rakan-rakan yang mengenali saya serta warga PKG Kalumpang. Khas buat :-

1. Tn. Hj. Paridin Jais, Timbalan Pengarah BTP, KL
2. Tuan KPP serta Ketua Unit, PTP dan staf sokongan BTPN Selangor
3. Tuan PPD Hulu Selangor serta warga PPD Hulu Selangor
4. Semua rakan PKG daerah Hulu Selangor, negeri Selangor dan Malaysia amnya
5. Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor
6. Semua guru-guru daerah Hulu Selangor
7. Semua insan yang pernah mengunjungi kami di PKG Kalumpang

Jangan lupa, tingkatkan amal dan rasa tanggungjawab kita kepada agama, bangsa dan negara.

Saturday, August 15, 2009

Program Bestari Solat J-Qaf Daerah Hulu Selangor

Program telah diadakan di SK Kerling pada hari ini, Sabtu 15 Ogos 2009. Program sehari ini melibatkan murid Tahun 1 - 5 dari semua sekolah kebangsaan di dalam daerah Hulu Selangor. Setiap sekolah diwakili oleh seramai 5 orang murid terpilih manakala SK Kerling sebagai tuan rumah seramai 82 orang.

Urusetia program diketuai oleh Ust. Shamsuddin Ahmad, Penyelia J-Qaf, PPD Daerah Hulu Selangor. Beliau dibantu oleh Penyelaras Program, Ust. Mohammad Zaidee Aripin, GURU j-QAF SK Rasa serta fasilitator dari sekolah berhampiran.


Bestari Solat adalah aktiviti perkhemahan (kem) yang dilaksanakan untuk mempastikan murid boleh berwuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan yang dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Objektif :
• Murid dapat memahami cara berwuduk
• Murid dapat berwuduk dengan sempurna
• Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu
• Dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan sempurna

Friday, August 14, 2009

Gambar Penghakiman PSS






Minggu Penghakiman PSS Cemerlang Negeri Selangor 2009

Sekali lagi... pada tahun ini, BTPN Selangor menerusi Unit Pengurusan Sumber Pendidikan (PSP) mengadakan Pertandingan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang. Kategori yang dipertandingkan masih sama iaitu Sekolah Menengah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar dan Sekolah Rendah Luar Bandar.

En. Abd. Wahi bersama dengan Ust. Zainuddin Kasman (PTP Unit PSP) telah dipertanggungjawabkan untuk menilai kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Sebanyak 8 buah sekolah telah dicalonkan oleh setiap daerah di negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, selama 8 hari juga telah ditetapkan di dalam Jadual Penghakiman yang telah pun diedarkan ke sekolah yang bertanding.

Sehingga ke tarikh ini, sebanyak 5 buah sekolah kategori Sekolah Menengah Luar Bandar telah dikunjungi dan dinilai iaitu SMK Taman Jasmin 2, Hulu Langat (10.08.2009), SMK Bandar Banting, Kuala Langat (11.08.2009), SMK Sg. Rawang, Sepang (12.08.2009), SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (13.08.2009) dan SMK Seri Desa, Kuala Selangor (14.08.2009).

3 buah sekolah lagi akan dinilai pada minggu hadapan iaitu SMK Meru, Klang (17.08.2009), SMK Bukit Sentosa, Rawang (18.08.2009) dan SMK Rawang, Gombak pada 19.08.2009.

Terima kasih kepada semua Pengetua, GPM, AJK PSS dan rakan-rakan PKG berhampiran yang sudi mengiringi dan turut serta di sepanjang masa penghakiman ini dilangsungkan.

Sunday, August 9, 2009

Taklimat Pengurusan SSQS untuk Penyelaras ICT

Taklimat telah diadakan jam 3.00 petang di PKG Kalumpang. Dimulakan agak lewat kerana menunggu En. Abd. Wahi yang menghadiri Mesyuarat Penyelenggaraan ICT di PPD Hulu Selangor.

Taklimat dihadiri oleh 10 orang Penyelaras ICT sahaja. En. Saipuddin, Penyelaras ICT SMK Kalumpang tidak hadir. Walaubagaimanapun, taklimat telah berjaya memberi kefahaman kepada semua Penyelaras ICT tentang cata hendak melaksanakan SSQS.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelenggaraan ICT

Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada jam 9.30 pagi, hari Khamis 6 Ogos 2009 di bilik Tuan PPD Hulu Selangor. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Rozali Mazlan, Timbalan PPD Hulu Selangor yang mewakili Tuan PPD (Tn. Hj. Suhaimi Rashid). Mesyuarat turut dihadiri oleh En. Mohd. Ajmaain (Penolong Penyelia ICT), En. Abd Wahi (PKG Kalumpang), Tn. Hj. Mohd. Yusoff (PKG Sg. Choh), Pn. Semariati Kiman (PKG Kuala Kubu Bharu) dan En. Azman Mohd. Aris (PKG Kg. Soeharto).

Intipati mesyuarat adalah membincangkan laporan kerosakan yang telah dihantar oleh sekolah, cara untuk melaksanakan penyelenggaraan ICT di sekolah-sekolah daerah ini seterusnya menetapkan jangka waktu bertindak bagi melaksanakan arahan KPM dan pihak Kewangan. Mesyuarat tamat jam 11.30 pagi dan disambung pula di PKG KKB bagi melengkapkan data yang diminta oleh Tn. PPD.

Bengkel Pengisian Data iQ-PSS

Bengkal telah diadakan pada jam 2.30 petang, 30hb. Julai di Makmal Komputer, SK Hulu Bernam. Seramai 9 orang GPM telah hadir bagi melengkapkan data yang telah diisi terlebih dahulu oleh Juruteknik Komputer pada minggu sebelumnya. GPM menyemak dan mengemaskini maklumat asas seterusnya menjawab Instrumen Penilaian yang panjang lebar. Nampaknya, semua orang pening kepala... termasuklah Pn. Khairul Faridah, PTP PKG Kalumpang.

En. Abd. Wahi, sampai pada jam 3.30 petang (baru kembali dari BTPN Selangor kerana mengikuti Bengkel Penghasilan Buletin Inspirasi.com). Sama-sama menyemak jawapan GPM dan menjadi penasihat untuk mana-mana soalan yang tidak dapat difahami oleh GPM. Kepada dua sekolah lagi iaitu SJK(C) Kalumpang dan SJK(C) Kerling, diharap dapat mengisi data berkenaan secepat mungkin dan Majukan Ke PKG.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd. Akhwan Jamil (Guru Besar SK Hulu Bernam) kerana bermurah hati membenarkan pihak kami menggunakan Makmal Komputer sebagai tempat mengisi data ini.

Bengkel Semakan SKT Setengah Tahun 2009

Bengkel telah diadakan pada 3-5 Ogos yang lepas di Bilik Semarak, BTPN Selangor. Semua Unit BTPN Selangor serta semua PKG telah membentang laporan SKT sepanjang Januari hingga Jun 2009. Semakan ini amat perlu bagi menilai tahap pelaksanaan pemantauan dan aktiviti, seterusnya membuat penambahbaikan terhadap pemantauan dan aktiviti BTPN serta PKG.

Bengkel dipengerusikan oleh Pn. Nik Asma Nik Ahmad, Ketua Unit PSP yang mewakili KPP BTPN Selangor. Laporan Unit PKG dibentangkan oleh Pn. Zariah Zainal, Unit PSP oleh Pn. Rokiah Hashim, Unit Media oleh Pn. Hjh. Siti Amarah Hj. Adnan, Unit PICT oleh Pn. Nik Mazniyanti manakala Unit PPPK dan IICT oleh En. Abd. Halim Marzuki.

Laporan PKG dibentangkan oleh Ketua Daerah. En. Rosley Abdullah untuk daerah Petaling, Pn. Norliana Basri (Kuala Selangor), Tn. Hj. Ghazali Ismail (Sabak Bernam), En. Mohd. Tahir Abd. Talib (Hulu Langat), En. Ngateni Juarni (Kuala Langat), En. Mohd. Azam Mohd. Nasir (Gombak), En. Rosli Ahmad (Sepang), En. Ab. Salam M. Kabir Sahid (Klang) dan En. Abd. Wahi Wahid membentangkan untuk daerah Hulu Selangor.

Di akhir bengkel, banyak dapatan yang diperolehi. Mana-mana PKG yang tidak mencapai 50% pemantauan, dikehendaki menyelesaikannya pada bulan Oktober. Aktiviti yang dijangka tidak dapat dilaksanakan digugurkan dan diganti dengan aktiviti baru.