Thursday, June 25, 2009

Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis SJK (C)

Pada hari ini, SJK (C) Kalumpang telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis SJK (C) daerah Hulu Selangor. En. Abd. Wahi telah berkesempatan untuk menghadiri majlis Perasmian yang diadakan pada jam 8.45 pagi. Majlis dirasmikan oleh Pn. Hjh. Hamidah bt. Abd. Samad (Ketua Unit Bahasa, merangkap Penolong PPD Akademik) mewakili Tn. Hj. Suhaimi bin Rashid, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Jawatankuasa Pelaksana diketuai oleh Pn. Ee Wan Chian, Guru Besar SJK(C) Kalumpang, dibantu oleh Pn. Li Ah Lian (GPK1) serta guru-guru lain. Seramai 4 orang hakim dari SMK Kalumpang,. SK Kalumpang dan SK Serendah telah dijemput menjalankan tugas. Tahniah dan syabas kepada guru-guru sekolah ini.

Seramai 50 orang murid telah mengambil bahagian iaitu 18 untuk Syarahan dan 32 orang untuk Ujian Bertulis.

Saturday, June 20, 2009

Bengkel Penghasilan Modul Teknopen

Aktiviti berkenaan telah diadakan di PNB Ilham Resort, Port Dickson pada 17-19 Jun 2009. Bengkel anjuran Unit Media, Promosi dan Inovasi BTPN Selangor yang diketuai oleh Pn. Rusita Sahari, Penolong Pengarah merangkap Ketua Unit MPI.

Tuesday, June 16, 2009

Mesyuarat JK Semakan ABM JPN Selangor

Mesyuarat berkenaan telah diadakan di PKG Kalumpang pada hari ini mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 23 orang pegawai telah hadir ke mesyuarat ini bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan perjawatan di Selangor. Urusetia bagi mesyuarat ini ialah En. Ahmad Shahrin bin Yunus, Penyelia Sekolah Rendah PPD Hulu Selangor.

Setiap PPD daerah diwakili oleh seramai 2 orang pegawai iaitu Penyelia Sekolah Rendah dan pembantu (ada 10 daerah di negeri Selangor). Pihak Unit Pengurusan Sekolah, JPN Selangor diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, Tn. Hj. Md. Razak Hamjar serta En. Mohd. Fauzi Abdullah (Penolong Pengarah) dan Tn. Haji Rahim bin Omar (Penyelia Cemerlang).

Monday, June 15, 2009

Kutipan Data SPPICTS Kali Ke-2 Tahun 2009

Sebagaimana yang telah dimaklumkan pada bulan Mac yang lalu, kutipan data Penggunaan ICT Sekolah akan diadakan sebanyak 3 kali setahun. Kutipan Siri 1 telah dilaksana pada bulan Mac manakala kini menyusul pula untuk Siri ke-2. Pengemaskinian data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah kali kedua tahun 2009 boleh dibuat bermula 15 Jun 2009 sehingga 03 Julai 2009.

Kepada semua pihak berkenaan (GPB atau Guru ICT) bagi sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor dikehendaki mengisi data ini menerusi laman yang tertera di bawah :

http://ssqs.moe.edu.my

Gunakan Kod Sekolah sebagai sebagai Kod Organisasi dan 123 untuk Kata Laluan.
Contohnya :
Kod Organisasi : BBA5008
Kata Laluan : 123

Selamat mengemaskini data SPPICTS sekolah anda.

Tuesday, June 9, 2009

Pengurusan PSS dan NILAM Cemerlang

PPD Hulu Selangor dengan kerjasama PKG daerah ini akan mengadakan Penilaian dan Pemantauan untuk memilih wakil daerah Hulu Selangor bagi Pertandingan Pengurusan PSS dan NILAM Cemerlang 2009 Negeri Selangor. Setakat ini, sebanyak 5 buah sekolah telah dicalonkan oleh PKG masing-masing untuk dibuat penilaian.

1. SK Sg. Tengi - PKG Kg. Soeharto
2. SK Taman Bunga Raya 1 - PKG Sg. Choh
3. SK Bukit Beruntung - PKG Sg. Choh
4. SMK Serendah - PKG Sg. Choh
5. SMK Bukit Sentosa - PKG Sg. Choh.

Pihak kami masih lagi menunggu pencalonan daripada PKG Kuala Kubu Bharu. Penilaian akan dijalankan pada minggu hadapan (15 - 24 Jun 2009). Diharap agar setiap sekolah berkenaan bersedia dengan fail, rekod dan laporan yang berkaitan.

Panduan Mengisi Ujian PERMATApintar

Fail Power Point mengenai cara untuk pelajar dan murid berkenaan mengisi Borang Profil Diri ada disertakan menerusi link berikut :-
http://www.freedrive.com/folder/222459

Selamat menjawab soalan.

Monday, June 8, 2009

PERMATApintar

Program ini merupakan ilham isteri PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor semasa beliau mash lagi menjadi isteri TPM dahulu. Hasil ilham beliau ini telah digarap sehingga menjadi satu program khas bagi memperjuangkan nasib anak-anak PCB (pintar, cerdas, berbakat) yang sering terpinggir di sekolah-sekolah negara kita.

Pasti anda masih ingat lagi dengan Adi Putra... anak genius matematik yang menjadi satu fenomena di dalam bidang pendidikan kita. Bapa beliau tidak percaya yang sekolah di negara kita mampu untuk mendidik Adi Putra. Apatah lagi nasib yang menimpa Hadafi Shukri dan Suffiah. Ekoran dari itu, maka dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, terciptalah suatu program yang dinamakan PERMATApintar khusus untuk menangani masalah ini.

Maklumat lanjut boleh diakses menerusi laman web http://www.permatapintar.com.my

Sehubungan itu, PPD Hulu Selangor menerusi Pn. Mazlina Muhammad, Penyelia Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas telah bekerjasama dengan PKG Kalumpang untuk mengadakan Taklimat Pelaksanaan dan Pemantauan Ujian Saringan UKM-PERMATApintar. Seramai 60 orang Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor telah hadir bagi mendengar takimat ini yang disampaikan oleh 2 orang Penyelia Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negari Selangor, En. Zulkifli Ahmad dan Pn. Zazaluma Harun.