Wednesday, December 23, 2009

Malaysia perlu pupuk inovasi, kata Najib

KUALA LUMPUR 23 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia perlu mencetuskan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetetif dengan memupuk inovasi.

Perdana Menteri berkata, negara-negara yang memupuk inovasi seperti Jepun, Finland dan Amerika, berupaya membangunkan ekonomi lebih pesat sebagai hasil usaha itu.

"Inovasi mewujudkan pekerjaan dan memacu kompetetif nasional. Itu sebabnya kita juga perlu mewujudkan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetetif. Kita tidak seharusnya membenarkan diri kita ketinggalan,” katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

- Bernama

Monday, December 14, 2009

Fokus: Sekolah prestasi tinggi

Pertubuhan guru mahu pemilihan babitkan kawasan bandar, luar bandar

LAPORAN akhbar Jumaat lalu memetik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai berkata Kementerian Pelajaran akan mengumumkan senarai 20 sekolah berprestasi tinggi, dalam sedikit masa lagi.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, penilaian pemilihan sekolah itu dibuat berdasarkan pencapaian menyeluruh mengikut kriteria ditetapkan, termasuk prestasi warga pendidik di sekolah berkenaan.

ebelum ini, beliau menjelaskan sekolah berprestasi tinggi akan diberikan kelonggaran merencana pentadbiran terutama dalam menetapkan kurikulum, pemilikan bajet serta pengurusan kakitangan berasaskan pencapaian selaras usaha kerajaan mempromosikan persekitaran kerja berprestasi tinggi.

Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi satu daripada komponen kecil Bidang Keberhasilan Utama Negara seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2010.

Beberapa pertubuhan guru dan ibu bapa menyatakan pelbagai pendapat mengenai pemilihan 20 kumpulan pertama daripada kira-kira 10,000 sekolah seluruh negara itu.


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan yang menyokong usaha kerajaan itu berharap kewujudan sekolah itu membolehkan institusi berkenaan bersaing di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata kerajaan perlu bersikap adil dalam membuat pemilihan sekolah itu, terutama dari segi keseimbangan kedudukannya di bandar dan luar bandar.

“Adalah tidak wajar sekolah berprestasi tinggi itu bertumpu di kawasan bandar, sedangkan di luar bandar diabaikan,” katanya.

“Saya percaya ibu bapa dan guru dapat menerima dengan baik sekiranya diperjelaskan objektif, misi dan visi mewujudkan sekolah berprestasi tinggi ini,” katanya.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional pula meminta Kementerian Pelajaran memperhalusi ciri sekolah itu kerana pelbagai status sekolah diperkenalkan sebelum ini, antaranya Sekolah Kluster, Sekolah Wawasan, Sekolah Lima Bintang, Sekolah Bestari dan terbaru Sekolah Amanah 1Malaysia.

Presidennya, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hasan, berkata adalah lebih baik kementerian memperkasa dan melonjakkan sekolah kebangsaan sedia ada sebelum mengambil pendekatan mewujudkan sekolah berprestasi tinggi itu.

“Kita tidak perlu melonjak sekolah lain tetapi membaiki dan memantapkan dengan menjadikan sekolah jenis kebangsaan sebagai model seperti diperkatakan Timbalan Perdana Menteri, baru-baru ini,” katanya.

Katanya, kewujudan Sekolah Elit sekarang pun belum tentu arah tuju yang perlu diutamakan dan memerlukan suntikan semula.

Majlis Guru Besar pula berharap pemilihan sekolah berprestasi tinggi itu dilaksanakan secara telus tanpa pilih kasih.

Yang Dipertuanya, Roslan Madun, berkata borang khas sekolah berprestasi tinggi perlu disediakan kementerian bagi memberi peluang sekolah yang layak memohon status itu.

“Kita perlu membuka permohonan kepada semua, sekiranya ada sekolah yang berasakan mereka layak berdasarkan kriteria ditetapkan, peluang itu harus diberikan.

“Kita tidak mahu anggapan pemilihan sesebuah sekolah itu kerana guru besar atau pengetuanya kawan atau baik dengan Jemaah Nazir atau panel penilai,” katanya.

Oleh Zabidi Hitam
bidi@bharian.com.my

Thursday, December 10, 2009

Pertukaran En. Abd. Wahi

PKG Kalumpang kehilangan seorang lagi staf.

Pada 1 Julai 2009, En. Mohd. Nazzary Shamsudin (PT N17) mendapat kenaikan pangkat kepada KPT N22. Beliau meninggalkan PKG untuk ke PPD Hulu Selangor.

Kini, seorang lagi keluar meninggalkan PKG. En. Abd. Wahi telah bertukar ke BTPN Selangor mulai 1 Disember 2009 (surat arahan 16 November 2009). Beliau bertugas sebagai PTP Unit Media, Promosi dan Inovasi.

Nampaknya, tinggallah 2 orang staf sahaja iaitu Pn. Khairul Faridah (PTP DGA29) dan En. Muhamad Amin (FT17).

Wednesday, December 9, 2009

SMK Ampang Pecah @ Berita Harian

SMK Ampang Pecah sekolah bestari luar bandar lima bintang

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor, bukan saja terpilih antara 15 sekolah bestari luar bandar penanda aras, malah turut dijadikan showcase bagi projek itu.

Pengetuanya, Hamidah Saman, berkata antara faktor sekolah itu dijadikan rujukan di kalangan sekolah bestari perintis luar bandar adalah kerana kejayaannya mengintegrasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Beliau berkata, dengan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ICT dibekalkan Kementerian Pelajaran dan bimbingan pegawai Multimedia Development Corporation (MDeC), pembudayaan menyeluruh teknologi itu dilaksanakan dalam tiga aspek, iaitu pengajaran dan pembelajaran (P&P), pentadbiran serta kepelbagaian penggunaannya di kalangan pelajar.

“Setelah mendapat pengiktirafan empat bintang menerusi Standard Kelayakan Sekolah Bestari tahun lalu, kami diberi kepercayaan menjadi salah satu sekolah bestari luar bandar penanda aras dan kini mencapai penarafan lima bintang.

“Komitmen tinggi guru penyelaras bestari, Saemah Mat Tahir dan kerjasama padu seluruh warga sekolah termasuk pentadbir, guru dan pelajar, membolehkan kami terus meningkatkan usaha pembudayaan ICT agar dapat memainkan peranan sebagai sekolah bestari luar bandar penanda aras dan showcase sebaiknya.

“Selain menerima kunjungan kementerian, jabatan pelajaran negeri dan sekolah, baru-baru ini rombongan Universiti Al-Iman Muhammad Ibn Sud Islamic, Arab Saudi melawat sekolah kami dan tertarik dengan pengajaran tilawah al-Quran secara interaktif menggunakan I-Kit,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, Saemah berkata, aktiviti pembangunan modal insan dan memperbanyakkan inisiatif kendiri antara strategi utama bagi membudayakan integrasi ICT dalam segenap aspek operasi sekolah sejajar dengan statusnya.

Untuk tujuan itu, katanya, Briged Bestari dianggotai 30 pelajar Tingkatan Satu hingga Empat ditubuhkan sebagai pasukan khas membantu warga sekolah termasuk guru memanfaatkan ICT dalam P&P.

Katanya, pelbagai bengkel diadakan bagi mendedahkan anggota Briged Bestari dengan teknologi terkini digunakan dalam P&P yang boleh dimanfaat di sekolah terutama bagi melaksanakan projek atau tugasan diberikan.

“Selain membimbing rakan sebaya dalam penggunaan ICT, anggota Briged Bestari turut membantu menyediakan blog bagi setiap panitia mata pelajaran serta membantu guru menghasilkan bahan aplikasi P&P.

“Antara perkara ditekankan kepada pelajar ialah mempelbagaikan kegunaan komputer dan internet bukan untuk mengakses laman sosial dan permainan saja, malah memanfaatkan perisian seperti Oracle Think Quest untuk menyiap dan menghantar tugasan mereka secara online,” katanya.

Saemah berkata, integrasi ICT dalam P&P juga memudahkan guru sekolah itu mengendalikan kelas dan menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.

Beliau memberi contoh, bagi pengajaran Seni Lukis menggunakan Interactive White Board, pelajar diajar menggunakan program asas Paint bagi menghasilkan lukisan sebelum diperkenal kepada perisian lanjutan seperti Photoshop dan Illustrator yang membolehkan mereka membuat rekaan kulit majalah sekolah dan t-shirt persatuan.

“Peralatan dibekalkan kementerian adalah Interactive White Board, I-Kit, perisian P&P Learning Management System dan komputer.

“Bagi memastikan peralatan ini dimanfaatkan sepenuhnya, sekolah khususnya guru penyelaras bestari perlu melakukan inisiatif tambahan seperti sentiasa memperkenalkan perisian terkini di pasaran serta mewujudkan laman sosial tertentu seperti google group untuk memudahkan interaksi guru dan pelajar secara online,” katanya.

TAHNIAH DARIPADA KAMI PIHAK PKG KALUMPANG (tumpang sekaki)

Kementerian Pelajaran teliti sesi persekolahan 2010

PUTRAJAYA 30 Nov. - Kementerian Pelajaran melakukan penelitian secara dekat membabitkan persiapan menghadapi sesi baru persekolahan pada tahun depan.

Ini bagi memastikan semua isu berhubung penggal persekolahan dapat ditangani sebelum sesi persekolahan 2010 bermula.

Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di sini hari ini

Menurut kementerian itu, jawatankuasa tersebut memperincikan semua isu berkaitan persekolahan dan mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikannya.

"Segala isu melibatkan pelbagai aspek seperti infrastruktur, perabot, peralatan, penempatan guru, bayaran tambahan dan banjir.

"Komitmen kementerian adalah memastikan kemudahan asas untuk setiap murid iaitu satu set meja dan kerusi serta sat set buku teks bantuan disediakan pada hari pertama persekolahan," kata kenyataan yang dikeluarkan pada mesyuarat berkenaan di sini.

Sesi persekolahan tahun depan bermula pada 3 dan 4 Januari 2010.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri dan ketua-ketua jabatan di kementerian itu.

Kenyataan itu menyebut, isu-isu yang mungkin timbul semasa sesi persekolahan 2010 dikenalpasti oleh Jawatankuasa Petugas Khas Penggal Persekolahan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

"Jawatankuasa itu telah mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu atau boleh diambil bagi mengatasi dan mengurangkan masalah yang mungkin timbul pada hari pertama persekolahan.

"Ini mengunakan instrumen Pangkalan Data Laporan Akhir Tahun (dBLAT)," katanya.

Ihsan Arkib Utusan Malaysia Online 1/12/2009

Tuesday, December 8, 2009

Membaca dalam tren dilancar

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Program Membaca 1Malaysia dilancarkan hari ini bagi meningkatkan amalan membaca di dalam pengangkutan awam khususnya kereta api di kalangan rakyat Malaysia.

Bertemakan Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan Bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), program tersebut menjadikan semua gerabak KTMB dilengkapi dengan sudut bacaan.

Sudut bacaan tersebut berupa rak besi yang memuatkan sekurang-kurangnya 50 bahan bacaan ringan termasuk majalah dan buku cerita dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Pelancaran program berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie di dalam tren khas ke Ipoh hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program berkenaan, beliau berkata, statistik Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua terakhir dalam senarai celik huruf negara ASEAN dan Asia Pasifik.

''Malaysia menduduki tangga ke-11 daripada sejumlah 12 negara yang disenaraikan dengan Vietnam berada pada tangga terakhir.

''Australia, Jepun, Korea dan New Zealand menduduki empat tangga pertama dengan 99 peratus kadar celik huruf. Malah Indonesia juga mendahului Malaysia dengan kadar celik huruf sebanyak 92 peratus berbanding Malaysia iaitu 91.9 peratus,'' katanya.

Tambah Seai Kie, kadar celik huruf sesebuah negara mempunyai kaitan dengan tahap kemajuan negara tersebut.

''Justeru saya berharap Program Membaca 1Malaysia akan dapat memupuk tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekali gus meningkatkan peratus celik huruf negara,'' katanya.

Seai Kie menambah, beliau percaya program berkenaan akan mendapat sambutan yang baik daripada penumpang KTMB.

Program Membaca 1Malaysia adalah anjuran KTMB dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan Karangkraf sebagai penyumbang bahan bacaan.

Rak buku bagi sudut bacaan dalam gerabak kereta api pula adalah sumbangan Nagasteel Equipment Sdn. Bhd.

Selain sudut bacaan dalam gerabak KTMB, satu bank buku turut dilancarkan di Stesen Sentral bagi memudahkan orang ramai menderma bahan bacaan terpakai untuk diletakkan di sudut bacaan dalam kereta api.

Jelas Seai Kie, bagaimanapun, setiap bahan bacaan yang didermakan akan dinilai kesesuaiannya sebelum diletakkan di sudut bacaan setiap tren.

Sempena pelancaran program Membaca 1Malaysia hari ini juga, sekumpulan kanak-kanak dan wakil media turut dibawa menaiki kereta api shuttle ke Ipoh bagi menyaksikan sendiri pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang perjalanan hari ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaca bersama, mendengar cerita, menyanyi, mewarna, melukis dan menghasilkan kraf tangan.

Oleh ROHANI IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

Monday, December 7, 2009

Bengkel Pelaporan Aktiviti 2009

Bengkel telah diadakan pada 1-4 Disember 2009 di PNB Ilham Resort, Port Dickson. En. Abd. Wahi telah mewakili PKG Kalumpang. Selepas melapor diri pada jam 5.45 petang dan makan malam, majlis pun bermula pada jam 8.30 malam. Dimulai dengan Ucaputama KPP BTPN Selangor (Tn. Hj. Ahmad Dahlan bin Kardi) dan diakhiri dengan taklimat oleh Tn. Hj. Abu Omar bin Mos (KU PICT).

Esoknya (2hb.) bermula pembentangan oleh Unit-unit BTPN Selangor sehingga tengahari. Sebelah petang giliran PKG yang dimulai oleh daerah Klang. Daerah Hulu Selangor mendapat giliran ke 2. Tn. Hj. Yusoff (PTP PKG Sg. Choh) telah mengetuai pembentangan Laporan Aktiviti PKG daerah Hulu Selangor. Sukses... walaupun sangkut kat STS.

Pembentangan aktiviti PKG berlarutan hingga ke malam (9 daerah semuanya).

Esoknya pula (3 hb.) lembaran baru pula dibuka iaitu Perancangan Aktiviti 2010. Tuan KPP telah menerangkan mengenai NKRA dan KPI KPM... pening jugalah nak memahamkannya. Perancangan tahun depan mestilah mengambil kira ke dua-dua perkara ini.

Pada pagi terakhir (4hb.), setiap kumpulan membentangkan hasil bengkel yang telah dibuat semalam. Pn. Nik Asma membentangkan Perancangan Aktiviti 2010 BTPN, Tn. Hj. Abu Omar (Laporan Aktiviti 2009 BTPN)), En. Mohd. Sujang (Laporan Aktiviti 2009 PKG) dan En. Ab. Salam pula membentangkan Perancangan Aktiviti 2010 PKG.

Bengkel ditamatkan pada jam 12.00 tengahari... lepas makan apa lagi baliklah.

Tuesday, December 1, 2009

Taklimat Kampus ASTRO

Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Suhaimi Kadir (BTP), Pn. Aini Suraya dan En. Zulkarnain Hamidun daripada ASTRO semasa Perhimpunan Bulanan.

Setiap PKG dan sekolah akan mendapat bekalan baru set ASTRO bersama TV Plasma 32”. Pihak ASTRO membelanjakan RM30 juta bagi membiayai projek ini. Kontrak selama tiga tahun (01.01.2009 - 31.12.2011). Pemasangan di PKG akan bermula pada awal Januari 2010 manakala pemasangan di sekolah pula pada hujung Januari 2010.

Semoga program ini akan dimanfaat sepenuhnya oleh warga KPM bagi memaksimumkan penggunaan teknopen dalam P&P.

Monday, November 30, 2009

Perhimpunan Bulanan BTPN Selangor November-Disember

Perhimpunan Bulanan BTPN Selangor kali ke 6 bagi tahun ini telah dilaksanakan pada 16 November 2009 di bilik Merpati, BTPN Selangor. Majlis pada kali ini telah menggabungkan urusetia yang terdiri dari Unit Media, Promosi dan Inovasi, Unit Hal Ehwal PKG dan PKG daerah Hulu Selangor . Tema dipilih ialah ’Hitam Putih Kehidupan’.

Majlis dimulakan oleh nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor diikuti dengan bacaan doa. Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam pula telah diketuai oleh En. Mohd. Amin, Juruteknik Komputer PKG Kalumpang.

Majlis seterusnya telah mendengar ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Perhimpunan Bulanan iaitu Pn. Rusita Sahari yang merupakan Ketua Unit Media, Promosi dan Inovasi. Beliau telah menjelaskan mengenai maksud tema ’Hitam Putih Kehidupan’ yang nampak ringkas tetapi mengandungi makna yang amat mendalam di dalam kerjaya dan keluarga seseorang kakitangan awam.

Kemudian, Tn. Haji Ahmad Dahlan bin Kardi, KPP BTPN Selangor telah menyampaikan ucapan, amanat dan pesanan seterusnya menyempurnakan sesi penyampaian cenderamata. Pada kali ini seramai 8 orang menerima cenderamata hari lahir November dan 12 orang lagi bagi bulan Disember. Majlis juga telah menyampaikan cenderamata ’Pengantin Baru’ kepada En. Sharifuddin Bakhtiar Juruteknik J17.

Perhimpunan kali ini juga telah menyelitkan Taklimat Kampus ASTRO yang disampaikan oleh Dr. Suhaimi Kadir, Pn. Aini Suraya dan En. Zulkarnain daripada ASTRO.

Majlis telah diakhiri dengan nyanyian lagu Satu Malaysia. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga dititipkan kepada semua AJK yang telah menjayakan majlis ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menunaikan ibadah korban... semoga ibadah ini dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Allah S.W.T. dan dikurniakan pahala yang tidak terhingga nilainya.

Doa dipanjatkan buat ahli keluarga, rakan-rakan, saudara-mara dan seluruh umat Islam yang sedang mengerjakan haji di tanah suci... semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan balik.

Macam-macam mesej yang kita dapat daripada kawan-kawan, itulah maknanya bila teknologi ICT dah semakin canggih sekarang ni.

Bengkel Buletin Inspirasi.com

Bengkel telah diadakan pada 23 hingga 25 November 2009 di BTPN Selangor. Seramai 12 orang ahli telah hadir, 4 orang daripada Unit PSP serta 8 orang wakil PKG setiap daerah. Daerah Hulu Selangor diwakili oleh En. Abd. Wahi.

Sebanyak 3 berita dari PKG Kalumpang dan 3 berita berkaitan daerah telah dibahas dan diedit oleh ahli editor. Semuanya terdapat lebih kurang 50 berita akan diterbitkan untuk Inspirasi.com Bil 2/2009.

Monday, November 23, 2009

Mesyuarat PKG Daerah Hulu Selangor

Telah diadakan pada 19 November yang lepas di PKG Sungai Choh. Seramai 10 orang ahli PKG telah hadir. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Abd. Wahi bin Wahid, selaku Ketua PKG Daerah Hulu Selangor.
Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Wednesday, November 18, 2009

Aktiviti Pertengahan November

Nampaknya seperti biasa juga, bila dekat-dekat nak cuti sekolah ni banyaklah program yang diadakan. Tak sempat nak update blog. Ada juga program di sekolah dan masyarakat setempat yang terpaksa diketepikan kerana terdapatnya komitmen lain.

Pada hari Sabtu, bertugas di PKG kerana ada pengguna iaitu 2 kumpulan Pemeriksa Kertas PMR iaitu Matematik dan Pendidikan Islam. Kemudian hari Ahad, ada Mini Konvokesyen Tabika KEMAS Kerling (En. Abd. Wahi merupakan Pengerusi Tabika). Sebelah petangnya bertolak pula ke BTPN Selangor kerana membuat persiapan Perhimpunan Bulanan (Nov & Dis) BTPN Selangor. PKG Daerah Hulu Selangor jadi tuan rumah bersama Unit Media, Promosi dan Inovasi serta Unit Hal Ehwal PKG.

Pagi Isnin (16 Nov.) bermulanya Perhimpunan Bulanan dan diselitkan dengan Taklimat Kampus ASTRO yang berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kemudian di sebelah petangnya menghadiri Mesyuarat Penyelarasan BTPN/PKG Bil. 05/2009.

Hari Selasa pula sehari suntuk di SMK Kalumpang mengadakan Khidmat Bantu ICT dan PSS. Hari Rabu barulah free sedikit, tapi kena jaga PKG pula kerana tinggal seorang sahaja.

Saturday, November 14, 2009

Guru punca pelajar bosan (BENARKAH?)

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sikap guru yang membosankan dan tidak tahu menggunakan pendekatan psikologi bagi menarik perhatian pelajar menjadi punca kepada kegiatan ponteng sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, situasi itu terjadi disebabkan ada antara guru tidak ikhlas melakukan pekerjaan itu.

Menurutnya, segelintir guru ini tidak berminat menjadi guru namun ekoran ketiadaan pilihan lain, mereka terpaksa menerima pekerjaan berkenaan.

''Apabila tiada minat, mereka ini sekadar melepaskan syarat sahaja mengajar murid-murid di sekolah tanpa ada sebarang kesungguhan dan komunikasi dua hala.

''Inilah punca sebenarnya membuatkan pelajar berasa bosan berada dalam kelas,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai 178 murid ditahan di kafe siber dalam Operasi Ponteng Ayuh Ke Sekolah! di sekitar Sri Rampai, Keramat dan Wangsa Maju di sini kelmarin.

Salah seorang murid terbabit memberitahu, dia bertindak demikian kerana bosan berada dalam kelas.

Hashim menegaskan, kumpulan guru seperti ini perlu mengubah sikap dan memperbaiki diri bagi memikat pelajar untuk datang ke sekolah.

''Jangan kerana tidak ada minat maka pelajar-pelajar ini menjadi mangsa pemberontakan mereka.

''Cara ini salah, mereka perlu mencari jalan agar pelajar-pelajar ini mempunyai minat untuk belajar selain bantuan yang diberikan oleh ibu bapa,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, pula berpendapat, kegiatan ponteng sekolah berlaku kerana tiada aktiviti dianjurkan oleh pihak sekolah pada penghujung akhir tahun.

''Guru pada masa ini sibuk kerana terpaksa memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun di samping penyeliaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,'' katanya.

Beliau berkata, waktu senggang pelajar pada masa ini amat sesuai diisi dengan program bermanfaat seperti kegiatan sukan, kelas kemahiran teknologi maklumat (IT) dan aktiviti perkhemahan.

''Maka saya menyeru Kementerian Pelajaran supaya dapat memikirkan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.

''Banyak perkara dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar ini daripada membuang masa tidak berbuat apa-apa di sekolah,'' katanya.

Wednesday, November 11, 2009

Pemantauan ISO Khidmat Bantu PSS

Hari ini, En. Abd. Wahi telah mengiringi Ust. Zainuddin Kasman, PTP Unit PSP BTPN Selangor membuat pemantauan Khidmat Bantu PSS. Lawatan ini merupakan pemantauan khas untuk melengkapkan prosedur ISO setelah khidmat bantu PSS BTPN Selangor selesai dijalankan pada 20-24 Julai yang lalu.

Pemantauan bermula di SK Kerling pada jam 8.25 pagi sehingga jam 10.30 pagi, seterusnya bergerak ke SK Sungai Selisek pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengahari.

Tuesday, November 10, 2009

Bengkel Penilaian Prestasi Pegawai/Staf

Pada tahun ini, cara untuk membuat penilaian prestasi pegawai dan staf PKG telah diubahsuai bagi tujuan memantapkan pengisian Borang Prestasi (LPNT), penilaian yang lebih telus dan mengurangkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak.

Bengkel berkenaan diadakan sepanjang minggu ini di BTPN Selangor. Semua PT dan FT akan dinilai oleh PTP1 (PPK) dan PTP2 (PPP), PTP2 pula akan dinilai oleh PTP1 PKG (PPP) dan PTP DGA34 Unit PKG (PPK). Namun begitu, bagi PKG yang tiada pegawai PTP1 atau PTP2... penilaian prestasi akan dilakukan oleh PTP DGA34 (PPP) dan Ketua Unit PKG (PPK).

PKG daerah Hulu Selangor telah pun dinilai pada petang Isnin (9.11.2009). Bagi pegawai dan staf PKG Kalumpang, En. Mohd. Amin (FT) dinilai oleh Pn. Khairul Faridah (PPP) dan En. Abd. Wahi (PPK). Pn. Khairul Faridah dinilai oleh En. Abd. Wahi (PPP) dan En. Abd. Rahman (PTP DGA34-PPP), manakala En. Abd. Wahi pula telah dinilai oleh En. Abd. Rahman (PTP DGA34-PPP) dan Pn. Zariah (KU PKG-PPK). Tiga orang sajalah sebab PT masih belum ada pengganti lagi.

Satu Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/gallery/audio/19/23/?audio=208

Sunday, November 8, 2009

PNM, KTMB lancar program membaca dalam keretapi

KUALA LUMPUR 8 Nov. — Pelbagai inisiatif dilakukan pelbagai pihak dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk membudayakan amalan membaca di kalangan masyarakat di Malaysia.

Terbaru, program Membaca 1Malaysia yang dinamakan ”Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dilaksanakan bagi menggalakkan penumpang keretapi menyemai sikap minat membaca walaupun semasa menggunakan pengangkutan itu.

Program yang turut mendapat kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu pada pra pelancarannya hari ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada penumpang keretapi dari Stesen Kuala Lumpur ke Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata dengan bilangan pengguna KTMB menjangkau 10,400 orang setiap hari, program seperti itu dilihat sesuai dan efektif dalam menggalakkan penumpang membaca sebagai mengisi masa terluang.

"PNM menyediakan bahan bacaan atau Bank Buku di mana orang ramai digalak menderma buku untuk dijadikan bahan bacaan kepada penumpang keretapi,” katanya sebelum bermulanya perjalanan ke Gemas di Stesem KL Sentral sini, hari ini. - Bernama

Thursday, November 5, 2009

Pertandingan Jejak Maklumat PKG

Sempena Kem Membaca 1 Malaysia, PKG Kalumpang telah menjalin kerjasama dengan PSS SK Hulu Bernam untuk menganjurkan Pertandingan Jejak Maklumat peringkat PKG Kalumpang. Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 04 November 2009 di sekitar kawasan SK Hulu Bernam.

Seramai 50 orang murid daripada 10 buah sekolah rendah telah menyertai aktiviti ini. Sekolah yang terlibat iaitu SK Hulu Bernam, SK Kalumpang, SK Kerling, SK Lembah Beringin, SJK (C) Kalumpang, SJK (C) Kerling, SJK (T) Ladang Kalumpang, SJK (T) Ladang Kerling, SJK (T) Ladang Changkat Asa dan SJK (T) Ladang Escot.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga dititipkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini. Sedikit sebanyak ia dapat menyerikan lagi aktiviti tahunan PKG Kalumpang.

Friday, October 30, 2009

Kursus Protokol dan Etiket Sosial

Kursus ini telah diadakan pada 27-30.10.2009 di Hotel Empress, Sepang. Berbagai slot telah diadakan bagi mempertingkatkan ilmu dan kemahiran pegawai dan staf BTPN Selangor dan rangkainnya di dalam pengurusan.

Saya hanya hadir pada petang 28.10.2009 dan mengikuti slot malam selepas majlis penutupan Kursus Video Panasonic. Jadi tak dapatlah mengikuti 3 slot pada sebelah siangnya berkenaan Pengendalian Majlis dan Pengacaraan Majlis Rasmi (Datin Che Normadiah). Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih dapat mengikuti 6 lagi slot yang sememangnya amat berguna untuk diri sendiri dan organisasi.

Slot seterusnya iaitu Komunikasi (Pn. Rusita Sahari), Bekerja sebagai Ibadah, Seronoknya Bekerja (Ust. Ahmad Fuad) serta slot terakhir diisi oleh Tn. Hj. Abd. Aziz (Peraturan2 Pegawai Awam - Kelakuan dan Tatatertib).

Terima aksih kepada semua penceramah yang telah sudi mencurahkan ilmu anda keoada kami semua... begitu juga kepada pihak Ketua Unit yang hadir, urusetia kursus serta semua yang membantu bagi menjayakan kursus ini.

Wednesday, October 28, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor 2009

Berikut adalah senarai pemenang majlis berkenaan yang telah diadakan pada 22 Oktober 2009 di Hotel Crystal Crown, Klang. Majlis ini merupakan anjuran BTPN Selangor.

Pengurusan NILAM Cemerlang

SM Bandar
1 SMK Seafiled, Petaling Perdana
2 SMJK Kwang Hwa, Klang
3 SMK Pandan Indah, Hulu Langat

SM Luar Bandar
1 SBPI Gombak
2 SMK Sultan Abd. Samad, Kuala Langat
3 SM (P) Kapar, Klang

SR Bandar
1 SK Bandar Anggerik, Petaling Perdana
2 SK Taman Melawati, Gombak
3 SK Taman Muda, Hulu Langat

SR Luar Bandar
1 SK Saujana Impian, Hulu Langat
2 SK Jalan Kebun, Klang
3 SK Bukit Rawang Jaya, Gombak

Anugerah NILAM
SM Bandar
1 Afiq Fakhri b. Mohd Salimi SMAP Kajng, Hulu Langat
2 Nuradila bt. Mohd. Shukri KISAS, Klang
3 Hairina Izah bt. Khairol Anuar Sepang

SM Luar Bandar
1 Syed Akmal Safiq bin Syed Haris SMK Taman Jasmin 2, Hulu Langat
2 Mohd. Azman bin Kholid SBPI Gombak
3 Mahfuzah bt. Atan SMK Bkt. Sentosa, HS

SR Bandar
1 Yootha Tiki Yong SK Seri Petaling, Petaling Utama
2 Faizah Mohd. Affandi SK Taman Nirwana, HL
3 Lee Zhu Ling SK La Salle, Klang

SR Luar Bandar
1 Nurliyana bt. Faiz SK Bandar Baru Bangi, HL
2 Nur Nabila Aula bt. Suhaimi SK Tok Khalifah, SB
3 Umar Muslim bin Ahmad Kamal SK Bkt. Rimau, Klang

Tokoh NILAM SM -
Syed Akmal Safiq bin Syed Haris SMK Taman Jasmin 2, Hulu Langat

Tokoh NILAM SR -
Yootha Tiki Yong SK Sri Petaling, Petaling Utama

Pengurusan NILAM PPD
1 PPD Hulu Langat
2 PPD Sabak Bernam
3 PPD Kuala Langat

PSS Cemerlang
SM Bandar
1 SMK Pusat Bandar Puchong 1, Petaling Perdana
2 SMK Cyberjaya, Sepang
3 SMJK Kwang Hwa, Klang

SM Luar Bandar
1 SMK Meru, Klang
2 SMK Bukit Sentosa, Hulu Selangor
3 SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam

SR Bandar
1 SK Taman Sri Andalas, Klang
2 SK Taman Muda, Hulu Langat
3 SK Dato’ Onn Jaafar, Petaling Perdana

SR Luar Bandar
1 SK Sementa, Klang
2 SK Sg. Limau, Sabak Bernam
3 SK Desa Putra, Sepang

Pengurusan Makmal Komputer Cemerlang
1 SK Bukit Kapar, Klang
2 SMK Rawang, Gombak
3 SK Jalan 6, Bangi, Hulu Langat

Pengurusan Pusat Akses Sekolah Cemerlang
1 SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam
2 SK Bukit Rawang Jaya, Gombak
3 SMK Taman Klang Utama, Klang

Kecemerlangan PKG
Berbangunan
1 PKG Batu 38
2 PKG Salak
3 PKG Sg. Besar
4 PKG Kuala Selangor
5 PKG Tg. Karang
6 PKG Batu Laut

Berbangunan Sementara
1 PKG Jalan Meru
2 PKG Hulu Klang
3 PKG Sg. Air Tawar
4 PKG Kuala Kubu Bharu
5 PKG Kajang

Video Klip PKG
1 PKG Kuala Selangor
2 PKG Hulu Klang
3 PKG Kg. Soeharto

Inovasi Dalam Teknologi Pendidikan
1 En. Jawahir Haron - SMK Taman Kosas, Hulu Langat
2 En. Mueis bin Abd. Shukor - SK Jalan 6, Bangi
3 En. Mohd Amir b.Mohd Dahlan SMK Cyberjaya, Sepang

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM SEMUA PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN.

TAHNIAH KEPADA YANG TELAH MENJADI PEMENANG.

Rumusan Pengisian Data SPPICTS 03/2009

Kutipan data SPPICTS telah pun dilaksanakan pada 14 September hingga 19 Oktober 2009. Prestasi pengisian data oleh sekolah adalah seperti berikut :-

PKG Kg. Soeharto - 11/11 sekolah
PKG Kalumpang - 11/11 sekolah
PKG Kuala Kubu Bharu - 11/20 sekolah
PKG Sg. Choh - 17/23 sekolah

Prestasi pengisian dan kutipan data seperti ini amatlah membimbangkan dan tidak melambangkan kesediaan sekolah-sekolah untuk beralih ke arah program Pembestarian Sekolah. Hasrat KPM untuk mempertingkatkan kemudahan dan penggunaan ICT di sekolah akan terganggu (sukar mencapai sasaran) jika segala data yang ingin dikumpulkan tidak dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Pihak PKG yang mewakili BTP telah dipertanggungjawabkan bagi memantau pengisian data ini. Kami amat memerlukan bantuan daripada pihak sekolah bagi melaksanakan pengisian data ini.

Tuesday, October 27, 2009

Kursus Pengendalian Kamera Video PANASONIC

Lama juga tak update blog ni... tak sempat la, banyak benda yang nak dibuat... tambahan lagi, talian SCHOOLNET di SK Kalumpang pun dah kantoi sejak dari hari Selasa (20.10.2009) yang lepas. La ni update blog di BTPN Selangor.

Pada masa ini, saya sedang mengikuti Kursus Pengendalian Kamera Video Panasonic AG-DVX102B dari 26-28.10.2009 (Isnin hingga Rabu). Bertugas sebagai penceramah dan fasilitator bagi mengendalikan kamera video yang baru dibekalkan ke PKG. Terdapat sebanyak 6 buah kamera jenis ini di negeri Selangor (2 di BTPN dan 4 di PKG terpilih).

Penceramah yang terlibat ialah En. Mohd. Noor Yasin (BTPN Selangor), En. Abd. Wahi Wahid (PKG Kalumpang), En. Mohd. Fakhrul Ariffin (PKG Sg. Air Tawar) dan En. Mohd. Sujang (PKG Kuala Selangor). Urusetia kursus ialah En. Mohd. Nasir dan En. Mohd. Lazim.

Seramai 20 orang peserta terlibat di dalam kursus ini, kemudiannya dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membuat kerja projek. Tahniah kepada semua peserta, penceramah dan urusetia yang terlibat.

Sunday, October 18, 2009

Data SPPICTS 03/2009

Semakan pada jam 12.15 tengahari, 18.10.2009, didapati sekolah berikut masih belum mengisi data. Hari ini (19 Oktober 2009) merupakan hari terakhir.

PKG Kg. Soeharto
1. BBA5013 SK GEDANGSA (1 aplikasi lagi)

PKG Kuala Kubu Bharu
1. BBA5003 SK RASA
2. BBA5009 SK KUALA KUBU BHARU (2 aplikasi lagi)
3. BBA5016 SK TUN ABDUL RAZAK (2 aplikasi lagi)
4. BBA5025 SK BANDAR BARU BATANG KALI (2 aplikasi lagi)
5. BBA5031 SK ANTARA GAPI
6. BBB5021 SK KUALA KUBU BARU SATU
7. BBB5023 SK KUALA KUBU BHARU DUA
8. BBC5023 SJK(C) BATANG KALI
9. BBC5035 SJK(C) RASA
10. BBD5041 SJK(T) LADANG BATANG KALI
11. BBD5045 SJK(T) KUALA KUBU BHARU
12. BEA5061 SMK KUALA KUBU BHARU
13. BEA5068 SMK AMPANG PECAH
14. BEA5069 SMK BANDAR BARU BATANG KALI
15. BEB5066 SMK DATO' HJ KAMARUDDIN
16. BFT5002 SAMT KUALA KUBU BHARU

PKG Sungai Choh
1. BBA5014 SK KG. KUANTAN (1 aplikasi lagi)
2. BBA5014 SK SUNGAI BUAYA
3. BBA5022 SK SERENDAH
4. BBA5030 SK BUKIT SENTOSA
5. BBD5058 SJK(T) LDG SG CHOH
6. BBD5059 SJK(T) BUKIT BERUNTUNG
7. BEA5066 SMK BUKIT SENTOSA
8. BEA5067 SM SAINS HULU SELANGOR (3 aplikasi lagi)
9. BEA5070 SMK BANDAR SUNGAI BUAYA
10. BEA5071 SMK TAMAN BUNGA RAYA (1)

Monday, October 12, 2009

Pengisian Data SPPICTS Kali ke 3/2009

Sekolah-sekolah yang masih belum mengisi data sehingga jam 1.00 tengahari tadi. Pihak kami memohon agar Data ini dapat diisi selewat-lewatnya pada 19 Oktober 2009.

PKG Kg. Soeharto
1. BBA5013 SK GEDANGSA (1 aplikasi lagi)
2. BEA5065 SMK GEDANGSA

PKG Kalumpang
1. BBC5031 SJK (C) KERLING
2. BBD5048 SJK (T) LADANG KALUMPANG

PKG Kuala Kubu Bharu
1. BBA5003 SK RASA
2. BBA5009 SK KUALA KUBU BHARU
3. BBA5016 SK TUN ABDUL RAZAK
4. BBA5025 SK BANDAR BARU BATANG KAL
5. BBA5031 SK ANTARA GAPI
6. BBB5021 SK KUALA KUBU BARU SATU
7. BBB5023 SK KUALA KUBU BHARU DUA
8. BBC5023 SJK(C) BATANG KALI
9. BBC5035 SJK(C) RASA
10. BBD5041 SJK(T) LADANG BATANG KALI
11. BBD5045 SJK(T) KUALA KUBU BHARU
12. BEA5061 SMK KUALA KUBU BHARU
13. BEA5068 SMK AMPANG PECAH
14. BEA5069 SMK BANDAR BARU BATANG KALI
15. BEB5066 SMK DATO' HJ KAMARUDDIN
16. BFT5002 SAMT KUALA KUBU BHARU

PKG Sungai Choh
1. BBA5014 SK KG. KUANTAN (1 aplikasi lagi)
2. BBA5014 SK SUNGAI BUAYA
3. BBA5022 SK SERENDAH
4. BBA5030 SK BUKIT SENTOSA
5. BBD5058 SJK(T) LDG SG CHOH
6. BBD5059 SJK(T) BUKIT BERUNTUNG
7. BEA5066 SMK BUKIT SENTOSA
8. BEA5067 SM SAINS HULU SELANGOR (3 aplikasi lagi)
9. BEA5070 SMK BANDAR SUNGAI BUAYA
10. BEA5071 SMK TAMAN BUNGA RAYA (1)

Tatacara Penyelenggaraan ICT Sekolah

Untuk makluman semua pentadbir dan Guru ICT,

1) Sekolah PTJ - Waran penyelenggaraan OS28000 yang dihantar ke sekolah hendaklah digunakan untuk penyelenggaraan ICT sahaja dalam bulan Oktober ini. Sekolah uruskan sendiri dengan syarikat yang mempunyai kepala kerja selenggara ICT. PKG perlu bantu dan membuat pemantauan.

Kaedah/cara :-
a) Syarikat hantar sebutharga ke sekolah
b) Sekolah keluarkan Local Order
c) Syarikat keluarkan Invoice dan Sijil Akauan Penyelenggaraan
d) Sekolah membuat pembayaran dan seterusnya,
e) Sekolah perlu menghantar Laporan Penyelenggaraan ke PKG dan BTPN

2) Sekolah bukan PTJ - semuanya diuruskan oleh PPD. PKG membantu dan membuat pemantauan sebab BTP telah menghantar waran kewangan ke PPD. Selepas Oktober 2009, PPD perlu hantar Laporan Penyelenggaraan ke BTP dan BTPN

Harap Maklum, sekian.

Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Hari Raya

Majlis berkenaan telah diadakan pada hari Sabtu, 10 Oktober 2009 di perkarangan BTPN Selangor. Host pada kali ini ialah gabungan Unit PSP, PKG Daerah Hulu Langat dan PKG Daerah Klang.

Bermula jam 9.00 pagi, didahului dengan Perhimpunan Bulanan. Dalam ucapannya, Tuan KPP (Hj. Ahmad Dahlan bin Kardi) telah mewakili semua warga BTPN dan PKG negeri Selangor.

Bengkel Pemantapan Calon Kem NILAM

Bengkel Pemantapan Calon Kem NILAM Negeri Selangor bagi peserta-peserta yang akan mewakili daerah Hulu Selangor telah diadakan pada 5 & 6 Oktober 2009. Seramai 5 orang murid sekolah rendah dan 5 orang murid sekolah menengah telah menyertai aktiviti ini.

Berikut adalah senarai peserta dari daerah Hulu Selangor :-

1. Nor Syaadah bt. Mohd. Azman (SK Sg Tengi)
2. Nur Aina Athirah bt. Mahyuddin (SK Antara Gapi)
3. Nur Syazana bt. Jalaudin (SK Kuala Kubu Bharu 1)
4. Nurul Asyikin bt. Nor Hashim (SK Sg Tengi)
5. Nur Firzanah bt. Mohd. Rodzi (SK Hulu Bernam)
6. Nurul Izzah bt. Zulkiply (SMK Kuala Kubu Bharu)
7. Vilashini a/p Rajaratnam (SMK Taman Bunga Raya 1)
8. Nurul Mazni bt. Mohd. Ismail (SMK Serendah)
9. Nur Syahmin Alya bt. Masri (SMK Ampang Pecah)
10. Mahfuzah bt. Atan (SMK Bukit Sentosa)

Mereka akan menyertai Kem NILAM Selangor yang akan diadakan pada 12-15 Oktober 2009 di Kem Bina Negara, Tg. Rhu Sepang. Semoga berjaya dan dapat membawa balik Anugerah Tokoh NILAM Negeri Selangor 2009.

Friday, October 9, 2009

Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang

Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 Ke Gred DGA32, PPPLD Gred DGA32 Ke Gred DGA34 Dan PPPLD Gred DGA34 Ke Gred DGA38 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2009 Di Kementerian Pelajaran

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Cemerlang PPPLD dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 (KUP), Gred DGA32 ke Gred DGA34 (KUP) dan Gred DGA34 ke Gred DGA38 (KUP) tahun 2009. Jumlah kekosongan kuota Pegawai Cemerlang PPPLD bagi Gred DGA32 ialah 380, Gred DGA34 ialah 95 dan Gred DGA38 ialah 24.

Permohonan adalah terbuka kepada semua PPPLD Gred DGA29, PPPLD Gred DGA32 dan PPPLD Gred DGA34 yang mempunyai kelayakan yang ditetapkan di dalam urusan pemangkuan ini. Untuk makluman Ketua Jabatan dan Pegawai yang ingin memohon, urusan pemangkuan ini hanya dibuka kepada PPPLD yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sahaja.

Maklumat lanjut dan muat-turun dokumen boleh didapati daripada laman berikut :-
http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=380

Wednesday, October 7, 2009

Kursus Pengurusan Organisasi dan Pemurnian MPO

Kursus berkenaan telah selamat diadakan pada 06 Oktober 2009 di BTPN Selangor. Kumpulan sasaran ialah PTP DGA32 PKG. Namun begitu, disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, banyak PKG yang diwakili oleh samada PTP DGA29, PT atau Juruteknik.

Penceramah jemputan ialah En. Shamsuddin Mohamad, KPP Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA Malaysia. Beliau merupakan bekas pegawai BTP dan sekarang ini bertugas di JPA sebagai kaunselor. Memang banyak input yang diperolehi daripada beliau... apa yang perlu ialah melakukan perubahan selaras dengan saranan beliau. Sesebuah organisasi yang kukuh perlu dibina hail daripada komitmen dan komunikasi yang jitu.

Pada sebelah petang dan malam pula, slot berkisar kepada Etika Pemantauan dan Penyeliaan PKG ke Sekolah. Slot ini dikendalikan oleh En. Ab. Salam bin M. Kabir Sahib, PTP DGA32 PKG Jalan Meru. Banyak juga input yang diperolehi... banyak juga kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini... jadi slot ini amat baik sekali kerana memberi peluang kepada kami untuk muhasabah diri terhadap kerja-kerja pemantauan dan penyeliaan sekolah sebelum ini.

Bengkel akan disambung selama dua hari lagi sehingga Khamis (09 Oktober 2009). Tahniah kepada pihak UPSP dan saya bersyukur kerana dapat menghadiri kursus ini.

Tuesday, October 6, 2009

Kursus TEKNOPEN di SMK Seksyen 19, Shah Alam

Pada 5 Oktober 2009, En. Abd. Wahi telah dijemput sebagai Penceramah untuk menyampaikan input berkaitan dengan pembestarian sekolah. Ketua Unit Media BTPN Selangor telah mengamanahkan kepada beliau untuk memenuhi keperluan kursus LADAP sekolah tersebut. Tajuk yang telah dipilih adalah "PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN SECARA EFISYIEN DI DALAM P&P".

Kursus dijalankan secara dua sesi iatu di sebelah pagi dan petang. Sesi pagi bermula dari jam 9.15 pagi sehingga jam 12.15 tengahari khas buat guru sekolah ini yang mengajar sesi petang. Manakala dari jam 2.15 petang hingga 5.15 petang dikhaskan untuk guru sesi pagi.

Antara aspek yang telah disentuh adalah jenis-jenis teknopen, bagaimana hendak memanipulasi bahan teknopen di dalam P&P serta cara yang perlu digunakan oleh guru untuk mengujudkan P&P yang berkesan di dalam bilik darjah.

Sunday, October 4, 2009

Kursus EduwebTV SK Bukit Rawang Jaya

En. Abd. Wahi telah dijemput untuk memberikan ceramah tentang EduwebTV di SK Bukit Rawang Jaya. Kursus berkenaan telah diadakan pada hari Sabtu, 3 Oktober 2009. Bermula dari jam 8.45 pagi dan berakhir pada sebelah petang. Kursus sehari ini telah memberi pendedahan kepada guru mengenai penggunaan bahan EduwebTV di dalam proses P&P di kelas.

Seramai 50 orang guru telah menghadiri kursus ini termasuklah guru besar iaitu Pn. Hjh. Salmah bt. Md. Sahib. Kursus terpaksa dijalankan secara off-line kerana telah sebulan talian Schoolnet di sekolah ini tidak berfungsi.

Mesyuarat JK Induk Majlis Anugerah TEKNOPEN Negeri Selangor 2009

Majlis Anugerah TEKNOPEN Negeri Selangor 2009 akan diadakan pada 22 Oktober 2009 di Hotel Crystal Crown, Klang. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada individu, sekolah, PKG dan PPD yang telah memberikan sumbangan di dalam memantapkan dan meningkatkan penggunaan TEKNOPEN di sekolah.

Mesyuarat kali kedua bagi membincangkan persediaan program ini telah diadakan pada 01 Oktober 2009 di BTPN Selangor. Seramai 3 orang PTP dari daerah Hulu Selangor telah terlibat bagi menganggotai JK induk ini iaitu En. Abd. Wahi bin Wahid (JK Dokumentasi), En. Azman bin Mohd. Aris (JK Multimedia) dan Pn. Khairul Faridah bt. Hasan (JK Pengurus Peserta).

Kem NILAM Negeri Selangor 2009

Kem akan diadakan pada 12-15 Oktober 2009 di Kem Bina Negara, Tg. Rhu Sepang. Aktiviti ini merupakan anjuran BTPN Selangor dan akan diuruskan oleh unit PSP yang diketuai oleh Pn. Nik Asma.

Seramai 10 orang murid dari daerah Hulu Selangor telah terpilih untuk menyertai kem ini. 5 orang murid sekolah rendah dan 5 orang murid sekolah menengah. Satu bengkel pemantapan akan diadakan pada 5 dan 6 Oktober yang akan datang.

Kepada 10 orang murid yang terpilih, tunjukkan kemampuan anda semua untuk bersaing dengan peserta lain. Kekalkan gelaran Tokoh NILAM Negeri Selangor yang sememangnya sudah sinonim dengan daerah ini terutamanya bagi kategori sekolah menengah.

Wednesday, September 30, 2009

Penilaian Kecemerlangan PKG

Pada 29 September yang lalu... PKG Kalumpang dengan penuh keceriaannya telah menyambut kehadiran 3 orang Panel Penilai dari BTPN Selangor. Penilai pada kali ini diketuai oleh En. Abd. Rahman (PTP Unit PKG), En. Mohd. Lazim (PTP Unit Media) dan En. Mohd. Nasir (PTP Unit Kualiti). Ketiga-tiga penilai sampai di Kalumpang pada jam 1.30 tengahari selepas membuat penilaian di PKG Kg. Soeharto.

Semua aspek telah dinilai... khusus untuk mencari gelaran PKG Cemerlang. Bagi pihak kami pula, sedaya upaya mencuba untuk memenuhi setiap apa yang dikehendaki mengikut instrumen berkenaan.

Tahniah dan terima kasih kepada yang sudi hadir ke PKG kami.

Friday, September 25, 2009

Aidil Fitri

Semua umat Islam telah merayakan hari mulia ini pada 20 September 2009 yang lalu. Buat warga PKG Kalumpang, kami sememangnya merasa bersyukur kerana dapat meraikan hari mulia ini.

En. Abd. Wahi bercuti selama 4 hari (17, 18, 23 dan 24 September 2009). Pn. Khairul bercuti pada 23, 24 dan 25 September 2009). En. Muhammad Amin pula tidak bercuti kerana beliau akan bercuti pada 1 dan 2 Oktober 2009.

Selepas bercuti, marilah kita bekerja pula... banyak lagi perkara yang belum selesai. Selepas ini, kita bekerja bersungguh-sungguh demi menjayakan hasrat dan inisiatif KPM di dalam bidang teknologi pendidikan.

Wednesday, September 16, 2009

Gambar Berbuka Puasa




Majlis Berbuka Puasa PKG

Telah selamat diadakan pada petang 15.09.2009. Makanan dan minuman disediakan oleh JAIYAH Katering. Menu pada tahun ini adalah Nasi Hujan Panas, Kurma Ayam, Udang Sweet Sour, Sayur Campur, Acar Buah dan Air Sirap Selasih. Seronoknya melihat tetamu jemputan menjamu selera. Tiada majlis rasmi dirangka, betul-betul datang ke PKG untuk berbuka puasa.

Jemputan pun tidak ramai, cuma staf PKG, GPM, Guru ICT serta beberapa orang Juruteknik Komputer sekolah ahli. En. Abd. Wahi, Pn. Khairul Faridah, Pn.Maziah, En. Khoiri, En. Nazzary dan Pn. Fauziah membawa keluarga masing-masing. Manakala Juruteknik datang seorang sahaja kerana semuanya masih bujang. Perbelanjaan pada tahun ini ditaja oleh En. Abd. Wahi.

Mesyuarat dan Bengkel Penilaian Kerja Pemasangan LAN-KPM

Mesyuarat telah diadakan pada jam 10 pagi di SMK Seksyen 7, Shah Alam.

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya



Ikhlas dari kami staf PKG Kalumpang. Khas buat sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Sunday, September 13, 2009

Bengkel Pemilihan Calon Tokoh NILAM Daerah Hulu Selangor

Telah selamat diadakan pada 8 dan 9 September yang lalu di PKG Kalumpang. Seramai 24 orang murid sekolah rendah dan 26 orang pelajar sekolah menengah telah menghadiri sesi penilaian yang diadakan ini.

Di akhir sesi penilaian, seramai 12 orang pelajar (6 rendah dan 6 menengah) telah dipilih sebagai calon dari daerah Hulu Selangor. Senarai nama telahpun dihantar ke BTPN Selangor pada 10 September 2009 untuk pemilihan peserta bagi Kem NILAM Negeri Selangor 2009 yang akan diadakan di Rhu Resort, Sepang.

Wednesday, September 9, 2009

Mesyuarat JK Pemilihan Sebutharga Penyelenggaraan ICT

Mesyuarat Pemilihan Sebutharga Penyelenggaraan ICT daerah HS telah diadakan pada jam 3 petang, 8 September 2009. Kerja-kerja melibatkan 54 buah sekolah yang dibahagikan kepada 4 zon. Zon A (6 SM), Zon B (5 SM, 1 SR), Zon C (21 SR)dan Zon D (21 SR). Nota Minta akan disediakan hari ini dan LO akan dikeluarkan esok. Kerja-kerja akan dimulakan Isnin minggu hadapan.

Bengkel Pengurusan Makmal Komputer FT 17

Bengkel telah diadakan pada 2 dan 3 September yang lepas. Semua FT 17 yang bertugas di sekolah ahli PKG telah dijemput untuk menghadiri program ini. Berbagai slot telah disusun untuk menambahkan ilmu dan kepakaran Juruteknik ini. Namun begitu, En. Abd. Wahi telah dipanggil ke BTPN Selangor untuk menghadiri Bengkel KPI. Jadi, tak banyaklah slot ilmu yang dapat diadakan.

Jadi, sebagai ganti peserta telah membuat praktikal mengenai pengurusan makmal, peralatan dan rangkaian makmal komputer. Bengkel ini dijalankan berdasarkan kepada Instrumen Penghakiman Pertandingan Makmal Komputer Cemerlang Negeri Selangor 2009. Semua FT ni memangnya berbakat. Banyak idea yang dicurahkan seterusnya diaplikasikan kepada keceriaan dan keperluan pengurusan makmal komputer cemerlang.

Terima kasih kepada anda semua - Noor Nabilfikri bin Noor Rahman (SK Hulu Bernam), Siti Nur Syafawati bt. Md. Lazim (SK Kalumpang), Mohd. Zahirman bin Abd. Hamid (SK Kerling), Imran Nurjamil bin Mohammed Nor (SJK(C) Kalumpang), Muhammad Firdaus bin Ismail (SMK Kalumpang) dan Muhamad Amin bin Osman (PKG Kalumpang).

Friday, September 4, 2009

Pengisian Data SPPICTS kali ke 3/2009

Sila baca dan hayati iklan di bawah... Boleh dilihat di dalam web - http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

Wednesday, September 2, 2009

Bengkel Penyelarasan KPI BTPN Selangor

Hari ini dan esok... BTPN Selangor mengadakan bengkel berkaitan untuk menyelaras dan menghasilkan sebuah KPI yang boleh menjadi rujukan dan hala tuju BTPN di dalam mengikut arah yang sedang dituju oleh PM baru kita ni...

Apa itu KPI? ada banyak definisi yang boleh diberi... tetapi kita boleh katakan ianya sebagai sesuatu yang boleh diukur, dipersetujui dan dikongsi bersama serta ia menggambarkan tentang imej sesuatu organisasi.

Selama dua hari ini... semua staf yang hadir diberi penerangan menyeluruh tentang NKRA, KPI, PI dan bagaimana ianya berfungsi di dalam sesuatu unit dan jabatan.

Bengkel dipengerusikan oleh Tn. Hj. Abu Omar bin Mos, dibantu oleh En. Mohd. Sujang bin Ahmad Zaini. Turut hadir ialah Tn. Hj. Ahmad Dahlan, KPP BTPN Selangor; Tn. Hj. Muhammad Sanusi, KPP BTPN WPKL.

Monday, August 31, 2009

Pengisian Data SSQS

Tarikh untuk mengisi data SSQS telah pun tamat semalam (30 Ogos). Prestasi Pengisian Data SSQS bagi sekolah ahli PKG Kalumpang adalah seperti berikut :

SELAMAT MEYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Thursday, August 27, 2009

Pemantauan NILAM Cemerlang

Hari ini, saya telah bertamu di sebuah sekolah menengah yang akan menjadi wakil daerah Hulu Selangor ke Pertandingan Pengurusan NILAM Cemerlang iaitu SMK Serendah. Saya disambut oleh Pn. Salamah Udin, GPM sekolah ini beserta dengan beberapa orang rakan guru dan pelajar sekolah ini.

Hasil daripada pemantauan awal ini, adalah didapati bahawa sekolah ini dalam proses bersedia lagi... sempat ke untuk penilaian pada 1 September nanti? Nasib le, saya tak dapat membantu banyak kerana ada komitmen lain pula...

Bengkel Mengemaskini Pengurusan PKG

Bengkel diadakan bermula daripada 25hb. Ogos 2009 sehinggalah ke tarikh Penilaian PKG Cemerlang Negeri Selangor. Siapa yang terlibat? Sapa lagi kalau bukan staf PKG yang ada tiga orang ni... Sekarang ni tinggal En. Abd. Wahi, Pn. Khairul Faridah dan En. Muhammad Amin (JT FT17). En. Muhammad Nazzary telah pun bertukar sebagai KPT N22 di PPD Hulu Selangor.

Lepas ni nanti ada la grup GPM dan Juruteknik sekolah yang akan membantu pihak PKG...
Berpeluh-peluh le buat kerja, apatah lagi di bulan puasa ni... tak pe lah, nanti kita buat Majlis Buka Puasa sesama staf ye...

Sunday, August 23, 2009

Bengkel Pengurusan Stor PKG




Semua PT dan PTP 2 PKG daerah Hulu Selangor telah berkumpul di PKG Kalumpang bagi melaksanakan cara baru Pengurusan Stor seperti mana kursus yang telah diikuti oleh PT pada bulan Jun yang lepas. Semua barang dan bahan yang berada di stor PKG telah disenaraikan dan diisikan ke dalam kad petak. Semoga usaha ini akan dapat memantapkan lagi pengurusan stor PKG.



Lambat sikit nak keluarkan berita ini kerana saya telah mendapat demam selesema, batuk dan pening kepala sekembalinya dari Penghakiman Anugerah PSS Cemerlang negeri Selangor. Nasib baik negatif... doktor menyatakan suhu badan masih di bawah kawalan iaitu 36.7 %C.

Selamat Berpuasa

Hari ini merupakan hari ke 2 umat Islam berpuasa. Amalan wajib bagi melengkapkan rukun Islam. Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam khususnya rakan-rakan yang mengenali saya serta warga PKG Kalumpang. Khas buat :-

1. Tn. Hj. Paridin Jais, Timbalan Pengarah BTP, KL
2. Tuan KPP serta Ketua Unit, PTP dan staf sokongan BTPN Selangor
3. Tuan PPD Hulu Selangor serta warga PPD Hulu Selangor
4. Semua rakan PKG daerah Hulu Selangor, negeri Selangor dan Malaysia amnya
5. Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor
6. Semua guru-guru daerah Hulu Selangor
7. Semua insan yang pernah mengunjungi kami di PKG Kalumpang

Jangan lupa, tingkatkan amal dan rasa tanggungjawab kita kepada agama, bangsa dan negara.

Saturday, August 15, 2009

Program Bestari Solat J-Qaf Daerah Hulu Selangor

Program telah diadakan di SK Kerling pada hari ini, Sabtu 15 Ogos 2009. Program sehari ini melibatkan murid Tahun 1 - 5 dari semua sekolah kebangsaan di dalam daerah Hulu Selangor. Setiap sekolah diwakili oleh seramai 5 orang murid terpilih manakala SK Kerling sebagai tuan rumah seramai 82 orang.

Urusetia program diketuai oleh Ust. Shamsuddin Ahmad, Penyelia J-Qaf, PPD Daerah Hulu Selangor. Beliau dibantu oleh Penyelaras Program, Ust. Mohammad Zaidee Aripin, GURU j-QAF SK Rasa serta fasilitator dari sekolah berhampiran.


Bestari Solat adalah aktiviti perkhemahan (kem) yang dilaksanakan untuk mempastikan murid boleh berwuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan yang dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Objektif :
• Murid dapat memahami cara berwuduk
• Murid dapat berwuduk dengan sempurna
• Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu
• Dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan sempurna

Friday, August 14, 2009

Gambar Penghakiman PSS






Minggu Penghakiman PSS Cemerlang Negeri Selangor 2009

Sekali lagi... pada tahun ini, BTPN Selangor menerusi Unit Pengurusan Sumber Pendidikan (PSP) mengadakan Pertandingan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang. Kategori yang dipertandingkan masih sama iaitu Sekolah Menengah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar dan Sekolah Rendah Luar Bandar.

En. Abd. Wahi bersama dengan Ust. Zainuddin Kasman (PTP Unit PSP) telah dipertanggungjawabkan untuk menilai kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Sebanyak 8 buah sekolah telah dicalonkan oleh setiap daerah di negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, selama 8 hari juga telah ditetapkan di dalam Jadual Penghakiman yang telah pun diedarkan ke sekolah yang bertanding.

Sehingga ke tarikh ini, sebanyak 5 buah sekolah kategori Sekolah Menengah Luar Bandar telah dikunjungi dan dinilai iaitu SMK Taman Jasmin 2, Hulu Langat (10.08.2009), SMK Bandar Banting, Kuala Langat (11.08.2009), SMK Sg. Rawang, Sepang (12.08.2009), SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (13.08.2009) dan SMK Seri Desa, Kuala Selangor (14.08.2009).

3 buah sekolah lagi akan dinilai pada minggu hadapan iaitu SMK Meru, Klang (17.08.2009), SMK Bukit Sentosa, Rawang (18.08.2009) dan SMK Rawang, Gombak pada 19.08.2009.

Terima kasih kepada semua Pengetua, GPM, AJK PSS dan rakan-rakan PKG berhampiran yang sudi mengiringi dan turut serta di sepanjang masa penghakiman ini dilangsungkan.

Sunday, August 9, 2009

Taklimat Pengurusan SSQS untuk Penyelaras ICT

Taklimat telah diadakan jam 3.00 petang di PKG Kalumpang. Dimulakan agak lewat kerana menunggu En. Abd. Wahi yang menghadiri Mesyuarat Penyelenggaraan ICT di PPD Hulu Selangor.

Taklimat dihadiri oleh 10 orang Penyelaras ICT sahaja. En. Saipuddin, Penyelaras ICT SMK Kalumpang tidak hadir. Walaubagaimanapun, taklimat telah berjaya memberi kefahaman kepada semua Penyelaras ICT tentang cata hendak melaksanakan SSQS.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelenggaraan ICT

Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada jam 9.30 pagi, hari Khamis 6 Ogos 2009 di bilik Tuan PPD Hulu Selangor. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Rozali Mazlan, Timbalan PPD Hulu Selangor yang mewakili Tuan PPD (Tn. Hj. Suhaimi Rashid). Mesyuarat turut dihadiri oleh En. Mohd. Ajmaain (Penolong Penyelia ICT), En. Abd Wahi (PKG Kalumpang), Tn. Hj. Mohd. Yusoff (PKG Sg. Choh), Pn. Semariati Kiman (PKG Kuala Kubu Bharu) dan En. Azman Mohd. Aris (PKG Kg. Soeharto).

Intipati mesyuarat adalah membincangkan laporan kerosakan yang telah dihantar oleh sekolah, cara untuk melaksanakan penyelenggaraan ICT di sekolah-sekolah daerah ini seterusnya menetapkan jangka waktu bertindak bagi melaksanakan arahan KPM dan pihak Kewangan. Mesyuarat tamat jam 11.30 pagi dan disambung pula di PKG KKB bagi melengkapkan data yang diminta oleh Tn. PPD.

Bengkel Pengisian Data iQ-PSS

Bengkal telah diadakan pada jam 2.30 petang, 30hb. Julai di Makmal Komputer, SK Hulu Bernam. Seramai 9 orang GPM telah hadir bagi melengkapkan data yang telah diisi terlebih dahulu oleh Juruteknik Komputer pada minggu sebelumnya. GPM menyemak dan mengemaskini maklumat asas seterusnya menjawab Instrumen Penilaian yang panjang lebar. Nampaknya, semua orang pening kepala... termasuklah Pn. Khairul Faridah, PTP PKG Kalumpang.

En. Abd. Wahi, sampai pada jam 3.30 petang (baru kembali dari BTPN Selangor kerana mengikuti Bengkel Penghasilan Buletin Inspirasi.com). Sama-sama menyemak jawapan GPM dan menjadi penasihat untuk mana-mana soalan yang tidak dapat difahami oleh GPM. Kepada dua sekolah lagi iaitu SJK(C) Kalumpang dan SJK(C) Kerling, diharap dapat mengisi data berkenaan secepat mungkin dan Majukan Ke PKG.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd. Akhwan Jamil (Guru Besar SK Hulu Bernam) kerana bermurah hati membenarkan pihak kami menggunakan Makmal Komputer sebagai tempat mengisi data ini.

Bengkel Semakan SKT Setengah Tahun 2009

Bengkel telah diadakan pada 3-5 Ogos yang lepas di Bilik Semarak, BTPN Selangor. Semua Unit BTPN Selangor serta semua PKG telah membentang laporan SKT sepanjang Januari hingga Jun 2009. Semakan ini amat perlu bagi menilai tahap pelaksanaan pemantauan dan aktiviti, seterusnya membuat penambahbaikan terhadap pemantauan dan aktiviti BTPN serta PKG.

Bengkel dipengerusikan oleh Pn. Nik Asma Nik Ahmad, Ketua Unit PSP yang mewakili KPP BTPN Selangor. Laporan Unit PKG dibentangkan oleh Pn. Zariah Zainal, Unit PSP oleh Pn. Rokiah Hashim, Unit Media oleh Pn. Hjh. Siti Amarah Hj. Adnan, Unit PICT oleh Pn. Nik Mazniyanti manakala Unit PPPK dan IICT oleh En. Abd. Halim Marzuki.

Laporan PKG dibentangkan oleh Ketua Daerah. En. Rosley Abdullah untuk daerah Petaling, Pn. Norliana Basri (Kuala Selangor), Tn. Hj. Ghazali Ismail (Sabak Bernam), En. Mohd. Tahir Abd. Talib (Hulu Langat), En. Ngateni Juarni (Kuala Langat), En. Mohd. Azam Mohd. Nasir (Gombak), En. Rosli Ahmad (Sepang), En. Ab. Salam M. Kabir Sahid (Klang) dan En. Abd. Wahi Wahid membentangkan untuk daerah Hulu Selangor.

Di akhir bengkel, banyak dapatan yang diperolehi. Mana-mana PKG yang tidak mencapai 50% pemantauan, dikehendaki menyelesaikannya pada bulan Oktober. Aktiviti yang dijangka tidak dapat dilaksanakan digugurkan dan diganti dengan aktiviti baru.

Tuesday, July 28, 2009

Bengkel Pra Semakan SKT Setengah Tahun 2009

Pada hari, bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 2.00 petang telah diadakan Bengkel Pra Semakan SKT sebagai persediaan untuk Semakan SKT Setengah Tahun 2009. Bertempat di PKG Rawang, bengkel ini telah membincangkan aktiviti dan pemantauan yang telah dijalankan oleh PKG. 8 buah PKG daerah Gombak dan Hulu Selangor telah menghadiri bengkel ini.

Pn. Zariah Zainal (Ketua Unit HE PKG) dan En. Ayub Mat Rashid (PTP Unit HE PKG) telah menjadi fasilitator bengkel ini.

Bengkel Penghasilan Buletin Inspirasi.Com

Bengkel berkenaan sedang dujalankan di BTPN Selangor. Setiap unit BTPN Selangor dan PKG daerah diwakili oleh seorang PTP. Bengkel dikendalikan oleh Pn. Nik Asma, Ketua Unit PSP, BTPN Selangor. Bengkel diadakan selama 4 hari iaitu dari 27 Julai hingga 30 Julai 2009.

2 hari pertama merupakan sesi pembentangan dan suntingan berita yang telah dihantar oleh setiap unit dan PKG. Insyaallah, bila tiba 30 Julai, maka akan siaplah draf buletin keluaran 01/2009.

Saturday, July 25, 2009

Pengisian Data iQ-PSS

Pihak BTP sedang mengumpulkan data dan makluamt yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Cara pengumpulan data adalah secara online menerusi laman http://bibliografi.moe.edu.my
Semua sekolah adalah terlibat dengan pengisian data ini. Oleh itu adalah dimohon agar semua sekolah melengkapkan data yang diperlukan dengan kadar segera. Gunakan no. kad pengenalan GPM sebagai ID Pengguna, manakala password adalah 999.
Hasilan daripada rumusan data ini akan dibentangkan di dalam Mesyuarat dengan KPPM pada 11 Ogos nanti.

Untuk mendapatkan fail-fail panduan bolehlah dicari di dalam link berikut :
http://www.freedrive.com/folder/222459

Friday, July 24, 2009

Program Khidmat Bantu PSS Negeri Selangor

Program Khidmat Bantu PSS yang diadakan di daerah Hulu Selangor telah pun selesai. Majlis Penutupan telah dilaksanakan pada pagi tadi (jam 10.00 - 12.30 pagi). Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Hj. Zahri bin Abd. Aziz, Pengarah Pelajaran Selangor. Turut hadir ialah Pn. Hjh. Jamaliah (KPP Unit PSP, BTP), Tn. Haji Ahmad Dahlan bin Kardi (KPP BTPN Selangor) dan sudah tentunya tuan rumah iaitu Tn. Haji Suhaimi bin Rashid (Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor).

Lega rasanya...

Saturday, July 18, 2009

Mesyuarat JK Pelaksana Khidmat Bantu PSS

Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada jam 2.30 petang di PKG Kg. Soeharto. Agenda utama ialah membincangkan tentang persediaan Majlis Penutupan program yang akan diadakan pada 24 Julai 2009. Pengerusi mesyuarat ini ialah Tn. Hj. Sameon bin Sidik, Ketua Unit Sains Kemanusiaan, PPDHS.
Mesyuarat ini diadakan dengan kadar yang segera kerana Dr. Hj. Zahri bin Aziz, Pengarah Pelajaran Selangor telah bersetuju untuk hadir ke majlis penutupan.

Mesyuarat JK Kurikulum Menengah 3/2009

Mesyuarat di atas telah dilangsungkan pada jam 8.30 pagi, 15 Julai yang lalu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Rozali Mazlan, Timbalan PPD Hulu Selangor. Banyak perkara yang telah dibincangkan terutamanya berkenaan dengan akademik. En. Abd. Wahi telah mewakili PKG daerah dan mengambil kesempatan untuk mewarwarkan beberapa perkara terkini tentang BTP dan rangkaian.
Selepas mesyuarat, diadakan pula sesi Perkongsian Pintar. Tn Hj Zainal bin Sudin (YDP Guru Cemerlang Selangor) membentangkan mengenai Program Akademik Terbilang Selangor (PATS). Beliau telah berkongsi maklumat tentang pelaksanaan program ini di SMK KKB.

Monday, July 6, 2009

Kursus EduwebTV SK Kalumpang

Guru-guru SK Kalumpang telah mengikuti Kursus EduwebTV di Bilik Guru 2 dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Perbelanjaan kursus ini menggunakan wang LADAP. Penceramah kursus ialah En. Abd. Wahi, Ketua PKG Kalumpang. Seramai 32 orang guru telah menyertai kursus ini termasuklah GPK1 (Pn. Azizah), GPK HEM (En. Rusli) dan GPK Kokurikulum (Tn. Hj. Hamdan).

Banyak yang telah dipelajari oleh guru yang hadir. Adalah menjadi harapan agar bahan EduwebTV akan menjadi salah satu medium pilihan untuk P&P di sekolah ini.

Mesyuarat Pra Khidmat Bantu PSS Negeri Selangor

Mesyuarat telah selesai diadakan pada 2 Julai 2009 di PKG Kalumpang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Suhaimi bin Rashid, PPD hulu Selangor. Turut serta ialah Pn. Nik Asma bt. Nik Ahmad, PP Unit PSP BTPN Selangor.

Thursday, June 25, 2009

Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis SJK (C)

Pada hari ini, SJK (C) Kalumpang telah menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis SJK (C) daerah Hulu Selangor. En. Abd. Wahi telah berkesempatan untuk menghadiri majlis Perasmian yang diadakan pada jam 8.45 pagi. Majlis dirasmikan oleh Pn. Hjh. Hamidah bt. Abd. Samad (Ketua Unit Bahasa, merangkap Penolong PPD Akademik) mewakili Tn. Hj. Suhaimi bin Rashid, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Jawatankuasa Pelaksana diketuai oleh Pn. Ee Wan Chian, Guru Besar SJK(C) Kalumpang, dibantu oleh Pn. Li Ah Lian (GPK1) serta guru-guru lain. Seramai 4 orang hakim dari SMK Kalumpang,. SK Kalumpang dan SK Serendah telah dijemput menjalankan tugas. Tahniah dan syabas kepada guru-guru sekolah ini.

Seramai 50 orang murid telah mengambil bahagian iaitu 18 untuk Syarahan dan 32 orang untuk Ujian Bertulis.

Saturday, June 20, 2009

Bengkel Penghasilan Modul Teknopen

Aktiviti berkenaan telah diadakan di PNB Ilham Resort, Port Dickson pada 17-19 Jun 2009. Bengkel anjuran Unit Media, Promosi dan Inovasi BTPN Selangor yang diketuai oleh Pn. Rusita Sahari, Penolong Pengarah merangkap Ketua Unit MPI.

Tuesday, June 16, 2009

Mesyuarat JK Semakan ABM JPN Selangor

Mesyuarat berkenaan telah diadakan di PKG Kalumpang pada hari ini mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 23 orang pegawai telah hadir ke mesyuarat ini bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan perjawatan di Selangor. Urusetia bagi mesyuarat ini ialah En. Ahmad Shahrin bin Yunus, Penyelia Sekolah Rendah PPD Hulu Selangor.

Setiap PPD daerah diwakili oleh seramai 2 orang pegawai iaitu Penyelia Sekolah Rendah dan pembantu (ada 10 daerah di negeri Selangor). Pihak Unit Pengurusan Sekolah, JPN Selangor diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, Tn. Hj. Md. Razak Hamjar serta En. Mohd. Fauzi Abdullah (Penolong Pengarah) dan Tn. Haji Rahim bin Omar (Penyelia Cemerlang).

Monday, June 15, 2009

Kutipan Data SPPICTS Kali Ke-2 Tahun 2009

Sebagaimana yang telah dimaklumkan pada bulan Mac yang lalu, kutipan data Penggunaan ICT Sekolah akan diadakan sebanyak 3 kali setahun. Kutipan Siri 1 telah dilaksana pada bulan Mac manakala kini menyusul pula untuk Siri ke-2. Pengemaskinian data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah kali kedua tahun 2009 boleh dibuat bermula 15 Jun 2009 sehingga 03 Julai 2009.

Kepada semua pihak berkenaan (GPB atau Guru ICT) bagi sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor dikehendaki mengisi data ini menerusi laman yang tertera di bawah :

http://ssqs.moe.edu.my

Gunakan Kod Sekolah sebagai sebagai Kod Organisasi dan 123 untuk Kata Laluan.
Contohnya :
Kod Organisasi : BBA5008
Kata Laluan : 123

Selamat mengemaskini data SPPICTS sekolah anda.

Tuesday, June 9, 2009

Pengurusan PSS dan NILAM Cemerlang

PPD Hulu Selangor dengan kerjasama PKG daerah ini akan mengadakan Penilaian dan Pemantauan untuk memilih wakil daerah Hulu Selangor bagi Pertandingan Pengurusan PSS dan NILAM Cemerlang 2009 Negeri Selangor. Setakat ini, sebanyak 5 buah sekolah telah dicalonkan oleh PKG masing-masing untuk dibuat penilaian.

1. SK Sg. Tengi - PKG Kg. Soeharto
2. SK Taman Bunga Raya 1 - PKG Sg. Choh
3. SK Bukit Beruntung - PKG Sg. Choh
4. SMK Serendah - PKG Sg. Choh
5. SMK Bukit Sentosa - PKG Sg. Choh.

Pihak kami masih lagi menunggu pencalonan daripada PKG Kuala Kubu Bharu. Penilaian akan dijalankan pada minggu hadapan (15 - 24 Jun 2009). Diharap agar setiap sekolah berkenaan bersedia dengan fail, rekod dan laporan yang berkaitan.

Panduan Mengisi Ujian PERMATApintar

Fail Power Point mengenai cara untuk pelajar dan murid berkenaan mengisi Borang Profil Diri ada disertakan menerusi link berikut :-
http://www.freedrive.com/folder/222459

Selamat menjawab soalan.

Monday, June 8, 2009

PERMATApintar

Program ini merupakan ilham isteri PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor semasa beliau mash lagi menjadi isteri TPM dahulu. Hasil ilham beliau ini telah digarap sehingga menjadi satu program khas bagi memperjuangkan nasib anak-anak PCB (pintar, cerdas, berbakat) yang sering terpinggir di sekolah-sekolah negara kita.

Pasti anda masih ingat lagi dengan Adi Putra... anak genius matematik yang menjadi satu fenomena di dalam bidang pendidikan kita. Bapa beliau tidak percaya yang sekolah di negara kita mampu untuk mendidik Adi Putra. Apatah lagi nasib yang menimpa Hadafi Shukri dan Suffiah. Ekoran dari itu, maka dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, terciptalah suatu program yang dinamakan PERMATApintar khusus untuk menangani masalah ini.

Maklumat lanjut boleh diakses menerusi laman web http://www.permatapintar.com.my

Sehubungan itu, PPD Hulu Selangor menerusi Pn. Mazlina Muhammad, Penyelia Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas telah bekerjasama dengan PKG Kalumpang untuk mengadakan Taklimat Pelaksanaan dan Pemantauan Ujian Saringan UKM-PERMATApintar. Seramai 60 orang Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor telah hadir bagi mendengar takimat ini yang disampaikan oleh 2 orang Penyelia Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negari Selangor, En. Zulkifli Ahmad dan Pn. Zazaluma Harun.

Wednesday, May 27, 2009

Sambutan Hari Guru Daerah Hulu Selangor

Majlis berkenaan telah diadakan pada 26 Mei 2009 di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu. Bermula pada jam 2.30 petang dan ditamatkan dengan jayanya pada jam 5.00 petang.

Pihak PKG diamanahkan sebagai Urusetia terutamanya dari segi teknikal dan presentation. Alhamdulillah, majlis ini telah berjalan lancar dan mengikut jangkaan masa. Semoga semua yang telah terhibur dan dapat merasakan semangat serta kehangatan Sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Tuan PPD Hulu Selangor telah melahirkan rasa bangga serta mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang bertanggung jawab untuk menjayakan majlis ini. Tahniah buat semua.

Kursus Pembinaan Laman Web & EduwebTV

Kursus telah diadakan pada 23 Mei 2009 oleh guru-guru SJK(T) Ladang Changkat Asa. Seramai 12 orang guru sekolah termasuk Guru Besar iaitu Pn. G. Saroja telah menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Unit LADAP sekolah ini. Pn. Shamaala dan Pn. Hemaalatha telah bertindak sebagai penceramah kursus ini yang diadakan di Makmal Komputer PKG Kalumpang. En. Abd. Wahi telah bertindak sebagai fasilitator kursus.

Tn. Hj. Suhaimi Rashid, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor turut hadir membuat tinjauan pada jam 10.15 pagi. Kunjungan selama 30 minit ini menunjukkan tentang komitmen dan kesungguhan Tuan PPD mengenai aktiviti dan latihan guru-guru.

Kursus yang bermula dari jam 9.00 pagi ini telah ditamatkan pada jam 2.00 petang tanpa henti. Tahniah buat guru-guru SJK(T) Ladang Changkat Asa.

Friday, May 22, 2009

Kursus Pengurusan 5S

Hari ini pihak Unit ISO BTPN Selangor menganjurkan Kursus Pengurusan 5S khas untuk staf BTPN dan PKG. Semua Ketua Unit, PTP BTPN, PTP PKG serta staf sokongan BTPN dan PKG negeri Selangor telah menyertai kursus sehari ini. Semua PTP PKG telah hadir kecuali PTP2 yang menghadiri Kursus Effective Communication di Ilham Resort.

Tahniah buat En. Mohd. Nasir yang berjaya mengendalikan kursus ini. Tidak lupa juga buat En. Addnan bin Abd. Hamid, PP Unit Intervensi BTP yang menjadi penceramah sepanjang kursus ini berjalan.

5 S berasal dari bahasa Jepun (ilham Prof. Yuji Ueda) iaitu SEIRI, SEITON, SEISO, SEIKETSU, SHITSUKE. Perkataan ini bermaksud SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Banyak ilmu yang diperolehi dari kursus ini dan diharap semua staf akan dapat mengaplikasikannya di premis masing-masing.

Thursday, May 21, 2009

Taklimat Kerja Projek Pendawaian LAN - KPM

Pagi ini saya telah menghadiri aktiviti di atas di Bilik Semarak, BTPN Selangor. Taklimat disampaikan oleh Tn. Hj. Abu Omar bin Mos, Ketua Unit PICT, BTPN Selangor. Kehadiran taklimat terdiri daripada 2 orang PTP Unit PICT, 2 orang wakil Unit Pengurusan dan Maklumat JPN Selangor, 2 orang wakil PPD (Petaling Utama dan Petaling Perdana) serta Ketua-ketua PKG Daerah . Turut hadir ialah 3 orang wakil Syarikat Bayutronik iaitu kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja ini.

Sebanyak 104 buah sekolah telah terpilih untuk menyertai projek ini. Terdapat 7 buah sekolah dari daerah Hulu Selangor. Tugas PKG ialah membuat pemantauan seterusnya mengesahkan kerja-kerja yang dibuat sebelum urusan pembayaran dapat dilaksanakan.

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU

Rasanya belum terlambat lagi bagi kami untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik di negara ini.
Bagi daerah Hulu Selangor, Sambutan Hari Guru akan diadakan pada 26 Mei 2009 di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu. Pihak PKG diamanahkan sebagai Urusetia terutamanya dari segi teknkal dan presentation. Semoga majlis in akan berjalan lancar.

Saturday, May 16, 2009

Kursus EduwebTV SK Kerling

Hari ini, Sabtu 16 Mei 2009 merupakan Hari Guru. Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan diadakan di Kuala Terengganu.

Guru-guru SK Kerling pule sedang mengikuti Kursus EduwebTV di sekolah dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Perbelanjaan kursus ini menggunakan wang LADAP. Penceramah kursus ialah En. Abd. Wahi, Ketua PKG Kalumpang. Seramai 15 orang guru telah menyertai kursus ini termasuklah Guru Besar, Pn. Maimunah dan GPK1, Pn. Umi Kalsom.

Selamat Berkursus.

Thursday, April 16, 2009

SHOWCASE SEKOLAH BESTARI LUAR BANDAR

SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor dan SK Felda Palong 14, Gemas, Negeri Sembilan telah terpilih sebagai sekolah contoh (showcase) pembestarian luar bandar. Pemilihan ini merupakan kesinambungan kepada peluasan projek 88 buah sekolah untuk Program Sekolah Bestari.

Antara faedah yang diperoleh dua sekolah ini termasuk komputer notebook, hubungan internet wayarles (wi-fi) dan sistem komunikasi digital wayarles (wimax).


SMK Ampang Pecah merupakan sekolah ahli PKG Kuala Kubu Bharu. Kami sentiasa bersedia untuk membantu dari aspek teknikal. En. Abd. Wahi (PKG Kalumpang), En. Azman Mohd. Aris (PKG Kg. Soeharto), Pn. Semeriati Kiman dan En. Kamaruzaman Rahim (PKG Kuala Kubu Bharu) telah mengunjungi sekolah ini pada 13 Mei (Isnin). Hasil perbincangan dengan Pengetua dan Penyelaras ICT SMK Ampang Pecah, maka pihak PKG akan memberi khidmat bantu untuk menyediakan Video Korporat sekolah, peningkatan dan pemantapan pengisian server Linux serta khidmat nasihat ICT yang berterusan.


Saya mewakili PKG daerah Hulu Selangor mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana telah terpilih. Usaha pihak sekolah sebelum ini sehngga mendapat pengiktirifan 4 Bintang menerusi penarafan SSQS.

Saturday, April 11, 2009

Pertandingan Sketsa Kaunseling Kerjaya

Pada jam 9.00 pagi, 10 April 2009 telah dilangsungkan Pertandingan Kaunseling Kerjaya Daerah Hulu Selangor bagi acara Sketsa. Sebanyak empat buah sekolah menengah daerah ini telah menyertai pertandingan tersebut iaitu :-
1. SAMT Kuala Kubu Bahru
2. SMK Bandar Sg. Buaya
3. SMK Taman Bunga Raya
4. SMK Bandar Baru Batang Kali

En. Abd. Wahi telah bertindak sebagai Ketua Hakim dan dibantu oleh En. Mohd. Fauzi (kaunselor SMK KKB) serta En. Khusaini (guru SMK Ampang Pecah). Pemenang pertandingan ini ialah SAMT Kuala Kubu Bahru.

Wednesday, April 8, 2009

Kursus Lanjutan Kamera Digital dan Suntingan Gambar

Kursus sedang dijalankan dari 07 hingga 10 April 2009 di Hotel Empress Sepang. Program ini dianjurkan oleh Unit Media, Promosi dan Inovasi BTPN Selangor. Seramai 21 orang peserta telah menghadiri kursus ini. En. Mohd. Noor dan En. Mohd. Azam bertindak sebagai penceramah di sepanjang tiga hari kursus ini berjalan.

Thursday, February 19, 2009

Kursus EduwebTV Daerah Hulu Selangor

Kursus berkenaan akan diadakan di SMK Kuala Kubu Bharu. Seramai 64 orang Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Penyelaras PSS telah dipilih bagi mengikuti kursus ini. Mereka telah dibahagikan kepada fasa latihan iaitu 23-24 Februari 2009, 25-26 Februari 2009 dan 10-11 Mac 2009.

Selamat Berkursus.

Tuesday, February 17, 2009

Karnival Jom Internet

Bertempat di Padang Awam Hulu Bernam, satu program yang melibatkan ICT dan kemasyarakatan telah diadakan pada 8 Februari 2009 bersamaan hari Ahad yang lepas. Program sehari suntuk ini menampilkan pelbagai aktiviti yang mampu merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli masyarakat. Antara aktiviti ialah melayari internet, membuat akaun e-mail, sukaneka, futsal, gerai niaga, karaoke dan pakaian beragam.

Wednesday, January 21, 2009

Mesyuarat ABM BTP-BTPN-PTPB-PKG 2009-2011

Mesyuarat di atas telah diadakan di BTPN Perak pada 19-22 Januari 2009. Seramai 60 orang peserta telah menghadiri mesyuarat ini. Antaranya Ketua Sektor BTP, KPP BTP, PP danPTP BTP, KPP BTPN, PP Pentadbiran BTPN serta 4 orang PTP PKG. Antara objektif mesyuarat ini adalah merangka perbelanjaan untuk 2009, 2010 dan 2011.

Selamat Tahun Baru

Belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009M dan 4130H. Pastikanlah bahawa azam baru yang ditanam untuk tahun ini akan tercapai nanti.