Thursday, April 16, 2009

SHOWCASE SEKOLAH BESTARI LUAR BANDAR

SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor dan SK Felda Palong 14, Gemas, Negeri Sembilan telah terpilih sebagai sekolah contoh (showcase) pembestarian luar bandar. Pemilihan ini merupakan kesinambungan kepada peluasan projek 88 buah sekolah untuk Program Sekolah Bestari.

Antara faedah yang diperoleh dua sekolah ini termasuk komputer notebook, hubungan internet wayarles (wi-fi) dan sistem komunikasi digital wayarles (wimax).


SMK Ampang Pecah merupakan sekolah ahli PKG Kuala Kubu Bharu. Kami sentiasa bersedia untuk membantu dari aspek teknikal. En. Abd. Wahi (PKG Kalumpang), En. Azman Mohd. Aris (PKG Kg. Soeharto), Pn. Semeriati Kiman dan En. Kamaruzaman Rahim (PKG Kuala Kubu Bharu) telah mengunjungi sekolah ini pada 13 Mei (Isnin). Hasil perbincangan dengan Pengetua dan Penyelaras ICT SMK Ampang Pecah, maka pihak PKG akan memberi khidmat bantu untuk menyediakan Video Korporat sekolah, peningkatan dan pemantapan pengisian server Linux serta khidmat nasihat ICT yang berterusan.


Saya mewakili PKG daerah Hulu Selangor mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana telah terpilih. Usaha pihak sekolah sebelum ini sehngga mendapat pengiktirifan 4 Bintang menerusi penarafan SSQS.

Saturday, April 11, 2009

Pertandingan Sketsa Kaunseling Kerjaya

Pada jam 9.00 pagi, 10 April 2009 telah dilangsungkan Pertandingan Kaunseling Kerjaya Daerah Hulu Selangor bagi acara Sketsa. Sebanyak empat buah sekolah menengah daerah ini telah menyertai pertandingan tersebut iaitu :-
1. SAMT Kuala Kubu Bahru
2. SMK Bandar Sg. Buaya
3. SMK Taman Bunga Raya
4. SMK Bandar Baru Batang Kali

En. Abd. Wahi telah bertindak sebagai Ketua Hakim dan dibantu oleh En. Mohd. Fauzi (kaunselor SMK KKB) serta En. Khusaini (guru SMK Ampang Pecah). Pemenang pertandingan ini ialah SAMT Kuala Kubu Bahru.

Wednesday, April 8, 2009

Kursus Lanjutan Kamera Digital dan Suntingan Gambar

Kursus sedang dijalankan dari 07 hingga 10 April 2009 di Hotel Empress Sepang. Program ini dianjurkan oleh Unit Media, Promosi dan Inovasi BTPN Selangor. Seramai 21 orang peserta telah menghadiri kursus ini. En. Mohd. Noor dan En. Mohd. Azam bertindak sebagai penceramah di sepanjang tiga hari kursus ini berjalan.