Wednesday, September 30, 2009

Penilaian Kecemerlangan PKG

Pada 29 September yang lalu... PKG Kalumpang dengan penuh keceriaannya telah menyambut kehadiran 3 orang Panel Penilai dari BTPN Selangor. Penilai pada kali ini diketuai oleh En. Abd. Rahman (PTP Unit PKG), En. Mohd. Lazim (PTP Unit Media) dan En. Mohd. Nasir (PTP Unit Kualiti). Ketiga-tiga penilai sampai di Kalumpang pada jam 1.30 tengahari selepas membuat penilaian di PKG Kg. Soeharto.

Semua aspek telah dinilai... khusus untuk mencari gelaran PKG Cemerlang. Bagi pihak kami pula, sedaya upaya mencuba untuk memenuhi setiap apa yang dikehendaki mengikut instrumen berkenaan.

Tahniah dan terima kasih kepada yang sudi hadir ke PKG kami.

Friday, September 25, 2009

Aidil Fitri

Semua umat Islam telah merayakan hari mulia ini pada 20 September 2009 yang lalu. Buat warga PKG Kalumpang, kami sememangnya merasa bersyukur kerana dapat meraikan hari mulia ini.

En. Abd. Wahi bercuti selama 4 hari (17, 18, 23 dan 24 September 2009). Pn. Khairul bercuti pada 23, 24 dan 25 September 2009). En. Muhammad Amin pula tidak bercuti kerana beliau akan bercuti pada 1 dan 2 Oktober 2009.

Selepas bercuti, marilah kita bekerja pula... banyak lagi perkara yang belum selesai. Selepas ini, kita bekerja bersungguh-sungguh demi menjayakan hasrat dan inisiatif KPM di dalam bidang teknologi pendidikan.

Wednesday, September 16, 2009

Gambar Berbuka Puasa




Majlis Berbuka Puasa PKG

Telah selamat diadakan pada petang 15.09.2009. Makanan dan minuman disediakan oleh JAIYAH Katering. Menu pada tahun ini adalah Nasi Hujan Panas, Kurma Ayam, Udang Sweet Sour, Sayur Campur, Acar Buah dan Air Sirap Selasih. Seronoknya melihat tetamu jemputan menjamu selera. Tiada majlis rasmi dirangka, betul-betul datang ke PKG untuk berbuka puasa.

Jemputan pun tidak ramai, cuma staf PKG, GPM, Guru ICT serta beberapa orang Juruteknik Komputer sekolah ahli. En. Abd. Wahi, Pn. Khairul Faridah, Pn.Maziah, En. Khoiri, En. Nazzary dan Pn. Fauziah membawa keluarga masing-masing. Manakala Juruteknik datang seorang sahaja kerana semuanya masih bujang. Perbelanjaan pada tahun ini ditaja oleh En. Abd. Wahi.

Mesyuarat dan Bengkel Penilaian Kerja Pemasangan LAN-KPM

Mesyuarat telah diadakan pada jam 10 pagi di SMK Seksyen 7, Shah Alam.

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya



Ikhlas dari kami staf PKG Kalumpang. Khas buat sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Sunday, September 13, 2009

Bengkel Pemilihan Calon Tokoh NILAM Daerah Hulu Selangor

Telah selamat diadakan pada 8 dan 9 September yang lalu di PKG Kalumpang. Seramai 24 orang murid sekolah rendah dan 26 orang pelajar sekolah menengah telah menghadiri sesi penilaian yang diadakan ini.

Di akhir sesi penilaian, seramai 12 orang pelajar (6 rendah dan 6 menengah) telah dipilih sebagai calon dari daerah Hulu Selangor. Senarai nama telahpun dihantar ke BTPN Selangor pada 10 September 2009 untuk pemilihan peserta bagi Kem NILAM Negeri Selangor 2009 yang akan diadakan di Rhu Resort, Sepang.

Wednesday, September 9, 2009

Mesyuarat JK Pemilihan Sebutharga Penyelenggaraan ICT

Mesyuarat Pemilihan Sebutharga Penyelenggaraan ICT daerah HS telah diadakan pada jam 3 petang, 8 September 2009. Kerja-kerja melibatkan 54 buah sekolah yang dibahagikan kepada 4 zon. Zon A (6 SM), Zon B (5 SM, 1 SR), Zon C (21 SR)dan Zon D (21 SR). Nota Minta akan disediakan hari ini dan LO akan dikeluarkan esok. Kerja-kerja akan dimulakan Isnin minggu hadapan.

Bengkel Pengurusan Makmal Komputer FT 17

Bengkel telah diadakan pada 2 dan 3 September yang lepas. Semua FT 17 yang bertugas di sekolah ahli PKG telah dijemput untuk menghadiri program ini. Berbagai slot telah disusun untuk menambahkan ilmu dan kepakaran Juruteknik ini. Namun begitu, En. Abd. Wahi telah dipanggil ke BTPN Selangor untuk menghadiri Bengkel KPI. Jadi, tak banyaklah slot ilmu yang dapat diadakan.

Jadi, sebagai ganti peserta telah membuat praktikal mengenai pengurusan makmal, peralatan dan rangkaian makmal komputer. Bengkel ini dijalankan berdasarkan kepada Instrumen Penghakiman Pertandingan Makmal Komputer Cemerlang Negeri Selangor 2009. Semua FT ni memangnya berbakat. Banyak idea yang dicurahkan seterusnya diaplikasikan kepada keceriaan dan keperluan pengurusan makmal komputer cemerlang.

Terima kasih kepada anda semua - Noor Nabilfikri bin Noor Rahman (SK Hulu Bernam), Siti Nur Syafawati bt. Md. Lazim (SK Kalumpang), Mohd. Zahirman bin Abd. Hamid (SK Kerling), Imran Nurjamil bin Mohammed Nor (SJK(C) Kalumpang), Muhammad Firdaus bin Ismail (SMK Kalumpang) dan Muhamad Amin bin Osman (PKG Kalumpang).

Friday, September 4, 2009

Pengisian Data SPPICTS kali ke 3/2009

Sila baca dan hayati iklan di bawah... Boleh dilihat di dalam web - http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php

Wednesday, September 2, 2009

Bengkel Penyelarasan KPI BTPN Selangor

Hari ini dan esok... BTPN Selangor mengadakan bengkel berkaitan untuk menyelaras dan menghasilkan sebuah KPI yang boleh menjadi rujukan dan hala tuju BTPN di dalam mengikut arah yang sedang dituju oleh PM baru kita ni...

Apa itu KPI? ada banyak definisi yang boleh diberi... tetapi kita boleh katakan ianya sebagai sesuatu yang boleh diukur, dipersetujui dan dikongsi bersama serta ia menggambarkan tentang imej sesuatu organisasi.

Selama dua hari ini... semua staf yang hadir diberi penerangan menyeluruh tentang NKRA, KPI, PI dan bagaimana ianya berfungsi di dalam sesuatu unit dan jabatan.

Bengkel dipengerusikan oleh Tn. Hj. Abu Omar bin Mos, dibantu oleh En. Mohd. Sujang bin Ahmad Zaini. Turut hadir ialah Tn. Hj. Ahmad Dahlan, KPP BTPN Selangor; Tn. Hj. Muhammad Sanusi, KPP BTPN WPKL.