Tuesday, July 28, 2009

Bengkel Pra Semakan SKT Setengah Tahun 2009

Pada hari, bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 2.00 petang telah diadakan Bengkel Pra Semakan SKT sebagai persediaan untuk Semakan SKT Setengah Tahun 2009. Bertempat di PKG Rawang, bengkel ini telah membincangkan aktiviti dan pemantauan yang telah dijalankan oleh PKG. 8 buah PKG daerah Gombak dan Hulu Selangor telah menghadiri bengkel ini.

Pn. Zariah Zainal (Ketua Unit HE PKG) dan En. Ayub Mat Rashid (PTP Unit HE PKG) telah menjadi fasilitator bengkel ini.

Bengkel Penghasilan Buletin Inspirasi.Com

Bengkel berkenaan sedang dujalankan di BTPN Selangor. Setiap unit BTPN Selangor dan PKG daerah diwakili oleh seorang PTP. Bengkel dikendalikan oleh Pn. Nik Asma, Ketua Unit PSP, BTPN Selangor. Bengkel diadakan selama 4 hari iaitu dari 27 Julai hingga 30 Julai 2009.

2 hari pertama merupakan sesi pembentangan dan suntingan berita yang telah dihantar oleh setiap unit dan PKG. Insyaallah, bila tiba 30 Julai, maka akan siaplah draf buletin keluaran 01/2009.

Saturday, July 25, 2009

Pengisian Data iQ-PSS

Pihak BTP sedang mengumpulkan data dan makluamt yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Cara pengumpulan data adalah secara online menerusi laman http://bibliografi.moe.edu.my
Semua sekolah adalah terlibat dengan pengisian data ini. Oleh itu adalah dimohon agar semua sekolah melengkapkan data yang diperlukan dengan kadar segera. Gunakan no. kad pengenalan GPM sebagai ID Pengguna, manakala password adalah 999.
Hasilan daripada rumusan data ini akan dibentangkan di dalam Mesyuarat dengan KPPM pada 11 Ogos nanti.

Untuk mendapatkan fail-fail panduan bolehlah dicari di dalam link berikut :
http://www.freedrive.com/folder/222459

Friday, July 24, 2009

Program Khidmat Bantu PSS Negeri Selangor

Program Khidmat Bantu PSS yang diadakan di daerah Hulu Selangor telah pun selesai. Majlis Penutupan telah dilaksanakan pada pagi tadi (jam 10.00 - 12.30 pagi). Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Hj. Zahri bin Abd. Aziz, Pengarah Pelajaran Selangor. Turut hadir ialah Pn. Hjh. Jamaliah (KPP Unit PSP, BTP), Tn. Haji Ahmad Dahlan bin Kardi (KPP BTPN Selangor) dan sudah tentunya tuan rumah iaitu Tn. Haji Suhaimi bin Rashid (Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor).

Lega rasanya...

Saturday, July 18, 2009

Mesyuarat JK Pelaksana Khidmat Bantu PSS

Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada jam 2.30 petang di PKG Kg. Soeharto. Agenda utama ialah membincangkan tentang persediaan Majlis Penutupan program yang akan diadakan pada 24 Julai 2009. Pengerusi mesyuarat ini ialah Tn. Hj. Sameon bin Sidik, Ketua Unit Sains Kemanusiaan, PPDHS.
Mesyuarat ini diadakan dengan kadar yang segera kerana Dr. Hj. Zahri bin Aziz, Pengarah Pelajaran Selangor telah bersetuju untuk hadir ke majlis penutupan.

Mesyuarat JK Kurikulum Menengah 3/2009

Mesyuarat di atas telah dilangsungkan pada jam 8.30 pagi, 15 Julai yang lalu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Rozali Mazlan, Timbalan PPD Hulu Selangor. Banyak perkara yang telah dibincangkan terutamanya berkenaan dengan akademik. En. Abd. Wahi telah mewakili PKG daerah dan mengambil kesempatan untuk mewarwarkan beberapa perkara terkini tentang BTP dan rangkaian.
Selepas mesyuarat, diadakan pula sesi Perkongsian Pintar. Tn Hj Zainal bin Sudin (YDP Guru Cemerlang Selangor) membentangkan mengenai Program Akademik Terbilang Selangor (PATS). Beliau telah berkongsi maklumat tentang pelaksanaan program ini di SMK KKB.

Monday, July 6, 2009

Kursus EduwebTV SK Kalumpang

Guru-guru SK Kalumpang telah mengikuti Kursus EduwebTV di Bilik Guru 2 dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Perbelanjaan kursus ini menggunakan wang LADAP. Penceramah kursus ialah En. Abd. Wahi, Ketua PKG Kalumpang. Seramai 32 orang guru telah menyertai kursus ini termasuklah GPK1 (Pn. Azizah), GPK HEM (En. Rusli) dan GPK Kokurikulum (Tn. Hj. Hamdan).

Banyak yang telah dipelajari oleh guru yang hadir. Adalah menjadi harapan agar bahan EduwebTV akan menjadi salah satu medium pilihan untuk P&P di sekolah ini.

Mesyuarat Pra Khidmat Bantu PSS Negeri Selangor

Mesyuarat telah selesai diadakan pada 2 Julai 2009 di PKG Kalumpang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Suhaimi bin Rashid, PPD hulu Selangor. Turut serta ialah Pn. Nik Asma bt. Nik Ahmad, PP Unit PSP BTPN Selangor.