Friday, August 14, 2009

Minggu Penghakiman PSS Cemerlang Negeri Selangor 2009

Sekali lagi... pada tahun ini, BTPN Selangor menerusi Unit Pengurusan Sumber Pendidikan (PSP) mengadakan Pertandingan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang. Kategori yang dipertandingkan masih sama iaitu Sekolah Menengah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar dan Sekolah Rendah Luar Bandar.

En. Abd. Wahi bersama dengan Ust. Zainuddin Kasman (PTP Unit PSP) telah dipertanggungjawabkan untuk menilai kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Sebanyak 8 buah sekolah telah dicalonkan oleh setiap daerah di negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, selama 8 hari juga telah ditetapkan di dalam Jadual Penghakiman yang telah pun diedarkan ke sekolah yang bertanding.

Sehingga ke tarikh ini, sebanyak 5 buah sekolah kategori Sekolah Menengah Luar Bandar telah dikunjungi dan dinilai iaitu SMK Taman Jasmin 2, Hulu Langat (10.08.2009), SMK Bandar Banting, Kuala Langat (11.08.2009), SMK Sg. Rawang, Sepang (12.08.2009), SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (13.08.2009) dan SMK Seri Desa, Kuala Selangor (14.08.2009).

3 buah sekolah lagi akan dinilai pada minggu hadapan iaitu SMK Meru, Klang (17.08.2009), SMK Bukit Sentosa, Rawang (18.08.2009) dan SMK Rawang, Gombak pada 19.08.2009.

Terima kasih kepada semua Pengetua, GPM, AJK PSS dan rakan-rakan PKG berhampiran yang sudi mengiringi dan turut serta di sepanjang masa penghakiman ini dilangsungkan.

No comments: