Sunday, August 9, 2009

Bengkel Semakan SKT Setengah Tahun 2009

Bengkel telah diadakan pada 3-5 Ogos yang lepas di Bilik Semarak, BTPN Selangor. Semua Unit BTPN Selangor serta semua PKG telah membentang laporan SKT sepanjang Januari hingga Jun 2009. Semakan ini amat perlu bagi menilai tahap pelaksanaan pemantauan dan aktiviti, seterusnya membuat penambahbaikan terhadap pemantauan dan aktiviti BTPN serta PKG.

Bengkel dipengerusikan oleh Pn. Nik Asma Nik Ahmad, Ketua Unit PSP yang mewakili KPP BTPN Selangor. Laporan Unit PKG dibentangkan oleh Pn. Zariah Zainal, Unit PSP oleh Pn. Rokiah Hashim, Unit Media oleh Pn. Hjh. Siti Amarah Hj. Adnan, Unit PICT oleh Pn. Nik Mazniyanti manakala Unit PPPK dan IICT oleh En. Abd. Halim Marzuki.

Laporan PKG dibentangkan oleh Ketua Daerah. En. Rosley Abdullah untuk daerah Petaling, Pn. Norliana Basri (Kuala Selangor), Tn. Hj. Ghazali Ismail (Sabak Bernam), En. Mohd. Tahir Abd. Talib (Hulu Langat), En. Ngateni Juarni (Kuala Langat), En. Mohd. Azam Mohd. Nasir (Gombak), En. Rosli Ahmad (Sepang), En. Ab. Salam M. Kabir Sahid (Klang) dan En. Abd. Wahi Wahid membentangkan untuk daerah Hulu Selangor.

Di akhir bengkel, banyak dapatan yang diperolehi. Mana-mana PKG yang tidak mencapai 50% pemantauan, dikehendaki menyelesaikannya pada bulan Oktober. Aktiviti yang dijangka tidak dapat dilaksanakan digugurkan dan diganti dengan aktiviti baru.

No comments: