tag:blogger.com,1999:blog-29727351946122229842024-03-05T13:10:47.511+08:00.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.comBlogger156125tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-69857401169770005752010-04-01T19:16:00.001+08:002010-04-01T19:16:45.209+08:00Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - MuhyiddinKUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.
"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.
Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.
"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.
"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul," katanya.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain tidak bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-70868300581180640812010-03-25T09:08:00.000+08:002010-03-25T09:14:35.646+08:00Persidangan Buku Kanak-kanakMAJLIS Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBBY) akan menganjurkan Persidangan Buku Kanak-kanak pada 22 hingga 23 Mac ini.
Persidangan tersebut diadakan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 19 hingga 28 Mac ini.
Menurut Pengerusi Bersama persidangan tersebut, Profesor Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, lima aktiviti utama akan diadakan sepanjang dua hari persidangan berlangsung iaitu seminar, bengkel penulisan buku kanak-kanak, bengkel ilustrasi buku kanak-kanak, pameran ilustrasi dan pertandingan ilustrasi.
Dengan bertemakan 'Literasi Kanak-kanak dalam Dunia yang Berubah', beberapa pembentang kertas kerja diundang untuk berkongsi pandangan masing-masing pada hari pertama persidangan.
''Selepas pembentangan kertas kerja tersebut, dua bengkel selari iaitu Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak dan Bengkel Ilustrasi Buku Kanak-kanak yang dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman Dr. Amida Abdul Hamid dan Yusuf Gajah akan diadakan pada sebelah petangnya dan diteruskan pada hari kedua persidangan.
''Kedua-dua bengkel tersebut terbuka kepada orang ramai yang berminat dan ingin mempelajari seni penulisan dan seni lukisan dalam bidang sastera kanak-kanak dengan lebih mendalam,'' katanya.
Pada bengkel tersebut, para peserta akan diberi pendedahan dengan idea-idea baru dalam dunia penulisan dan lukisan buku kanak-kanak di samping latihan dalam penghasilan karya secara serius.
Bagi mereka yang ingin menyertai bengkel tersebut, yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan.
Namun, menurut Dr. Md Sidin, para peserta yang ingin menyertai bengkel penulisan perlu bersedia dengan cerita atau rangka cerita kanak-kanak masing-masing.
Sementara itu, bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ilustrasi pula perlu mempunyai latar belakang seni.
Sepanjang dua hari persidangan berlangsung, turut diadakan pameran ilustrasi oleh pelukis-pelukis tempatan untuk tatapan pengunjung PBAKL 2010.
Selain itu, pertandingan ilustrasi untuk golongan remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun turut diadakan dengan dua tema pilihan iaitu 'Tokoh Malaysia' dan 'Watak dalam Cerita Malaysia'.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai persidangan ini boleh menghubungi Siti Ezaleila Mustafa di talian 013-2727188 atau emel di ezaleila@gmail.com.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-53270408804317731972010-01-20T13:31:00.002+08:002010-01-20T13:35:29.883+08:00Pemasangan Kampus ASTROPada hari Jumaat, 15 Januari, installer ASTRO dari Kuala Kubu Bharu telah datang memasang peralatan ASTRO di PKG. Beliau hanya memasang 'outdoor unit' dan setting peralatan. Sekarang ni, kami dah dapat menonton Kampus ASTRO.
Kalau ada sekolah-sekolah yang nak tumpang tengok, marilah datang ramai-ramai ke PKG.PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/04841148866606057714noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-88649681556686292462009-12-23T22:44:00.000+08:002009-12-23T22:45:51.884+08:00Malaysia perlu pupuk inovasi, kata NajibKUALA LUMPUR 23 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia perlu mencetuskan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetetif dengan memupuk inovasi.
Perdana Menteri berkata, negara-negara yang memupuk inovasi seperti Jepun, Finland dan Amerika, berupaya membangunkan ekonomi lebih pesat sebagai hasil usaha itu.
"Inovasi mewujudkan pekerjaan dan memacu kompetetif nasional. Itu sebabnya kita juga perlu mewujudkan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetetif. Kita tidak seharusnya membenarkan diri kita ketinggalan,” katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.
- BernamaWahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-2019610045781236892009-12-14T20:17:00.002+08:002009-12-14T20:22:40.074+08:00Fokus: Sekolah prestasi tinggiPertubuhan guru mahu pemilihan babitkan kawasan bandar, luar bandar
LAPORAN akhbar Jumaat lalu memetik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai berkata Kementerian Pelajaran akan mengumumkan senarai 20 sekolah berprestasi tinggi, dalam sedikit masa lagi.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, penilaian pemilihan sekolah itu dibuat berdasarkan pencapaian menyeluruh mengikut kriteria ditetapkan, termasuk prestasi warga pendidik di sekolah berkenaan.
ebelum ini, beliau menjelaskan sekolah berprestasi tinggi akan diberikan kelonggaran merencana pentadbiran terutama dalam menetapkan kurikulum, pemilikan bajet serta pengurusan kakitangan berasaskan pencapaian selaras usaha kerajaan mempromosikan persekitaran kerja berprestasi tinggi.
Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi satu daripada komponen kecil Bidang Keberhasilan Utama Negara seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2010.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan yang menyokong usaha kerajaan itu berharap kewujudan sekolah itu membolehkan institusi berkenaan bersaing di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata kerajaan perlu bersikap adil dalam membuat pemilihan sekolah itu, terutama dari segi keseimbangan kedudukannya di bandar dan luar bandar.
“Adalah tidak wajar sekolah berprestasi tinggi itu bertumpu di kawasan bandar, sedangkan di luar bandar diabaikan,” katanya.
“Saya percaya ibu bapa dan guru dapat menerima dengan baik sekiranya diperjelaskan objektif, misi dan visi mewujudkan sekolah berprestasi tinggi ini,” katanya.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional pula meminta Kementerian Pelajaran memperhalusi ciri sekolah itu kerana pelbagai status sekolah diperkenalkan sebelum ini, antaranya Sekolah Kluster, Sekolah Wawasan, Sekolah Lima Bintang, Sekolah Bestari dan terbaru Sekolah Amanah 1Malaysia.
Presidennya, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hasan, berkata adalah lebih baik kementerian memperkasa dan melonjakkan sekolah kebangsaan sedia ada sebelum mengambil pendekatan mewujudkan sekolah berprestasi tinggi itu.
“Kita tidak perlu melonjak sekolah lain tetapi membaiki dan memantapkan dengan menjadikan sekolah jenis kebangsaan sebagai model seperti diperkatakan Timbalan Perdana Menteri, baru-baru ini,” katanya.
Katanya, kewujudan Sekolah Elit sekarang pun belum tentu arah tuju yang perlu diutamakan dan memerlukan suntikan semula.
Majlis Guru Besar pula berharap pemilihan sekolah berprestasi tinggi itu dilaksanakan secara telus tanpa pilih kasih.
Yang Dipertuanya, Roslan Madun, berkata borang khas sekolah berprestasi tinggi perlu disediakan kementerian bagi memberi peluang sekolah yang layak memohon status itu.
“Kita perlu membuka permohonan kepada semua, sekiranya ada sekolah yang berasakan mereka layak berdasarkan kriteria ditetapkan, peluang itu harus diberikan.
“Kita tidak mahu anggapan pemilihan sesebuah sekolah itu kerana guru besar atau pengetuanya kawan atau baik dengan Jemaah Nazir atau panel penilai,” katanya.
Oleh Zabidi Hitam
bidi@bharian.com.my
PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/04841148866606057714noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-22425523070093283202009-12-10T13:00:00.002+08:002009-12-10T13:07:01.103+08:00Pertukaran En. Abd. WahiPKG Kalumpang kehilangan seorang lagi staf.
Pada 1 Julai 2009, En. Mohd. Nazzary Shamsudin (PT N17) mendapat kenaikan pangkat kepada KPT N22. Beliau meninggalkan PKG untuk ke PPD Hulu Selangor.
Kini, seorang lagi keluar meninggalkan PKG. En. Abd. Wahi telah bertukar ke BTPN Selangor mulai 1 Disember 2009 (surat arahan 16 November 2009). Beliau bertugas sebagai PTP Unit Media, Promosi dan Inovasi.
Nampaknya, tinggallah 2 orang staf sahaja iaitu Pn. Khairul Faridah (PTP DGA29) dan En. Muhamad Amin (FT17).Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-75373559386073593652009-12-09T21:13:00.001+08:002009-12-09T21:15:45.849+08:00SMK Ampang Pecah @ Berita HarianSMK Ampang Pecah sekolah bestari luar bandar lima bintang
SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor, bukan saja terpilih antara 15 sekolah bestari luar bandar penanda aras, malah turut dijadikan showcase bagi projek itu.
Pengetuanya, Hamidah Saman, berkata antara faktor sekolah itu dijadikan rujukan di kalangan sekolah bestari perintis luar bandar adalah kerana kejayaannya mengintegrasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Beliau berkata, dengan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ICT dibekalkan Kementerian Pelajaran dan bimbingan pegawai Multimedia Development Corporation (MDeC), pembudayaan menyeluruh teknologi itu dilaksanakan dalam tiga aspek, iaitu pengajaran dan pembelajaran (P&P), pentadbiran serta kepelbagaian penggunaannya di kalangan pelajar.
“Setelah mendapat pengiktirafan empat bintang menerusi Standard Kelayakan Sekolah Bestari tahun lalu, kami diberi kepercayaan menjadi salah satu sekolah bestari luar bandar penanda aras dan kini mencapai penarafan lima bintang.
“Komitmen tinggi guru penyelaras bestari, Saemah Mat Tahir dan kerjasama padu seluruh warga sekolah termasuk pentadbir, guru dan pelajar, membolehkan kami terus meningkatkan usaha pembudayaan ICT agar dapat memainkan peranan sebagai sekolah bestari luar bandar penanda aras dan showcase sebaiknya.
“Selain menerima kunjungan kementerian, jabatan pelajaran negeri dan sekolah, baru-baru ini rombongan Universiti Al-Iman Muhammad Ibn Sud Islamic, Arab Saudi melawat sekolah kami dan tertarik dengan pengajaran tilawah al-Quran secara interaktif menggunakan I-Kit,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Sementara itu, Saemah berkata, aktiviti pembangunan modal insan dan memperbanyakkan inisiatif kendiri antara strategi utama bagi membudayakan integrasi ICT dalam segenap aspek operasi sekolah sejajar dengan statusnya.
Untuk tujuan itu, katanya, Briged Bestari dianggotai 30 pelajar Tingkatan Satu hingga Empat ditubuhkan sebagai pasukan khas membantu warga sekolah termasuk guru memanfaatkan ICT dalam P&P.
Katanya, pelbagai bengkel diadakan bagi mendedahkan anggota Briged Bestari dengan teknologi terkini digunakan dalam P&P yang boleh dimanfaat di sekolah terutama bagi melaksanakan projek atau tugasan diberikan.
“Selain membimbing rakan sebaya dalam penggunaan ICT, anggota Briged Bestari turut membantu menyediakan blog bagi setiap panitia mata pelajaran serta membantu guru menghasilkan bahan aplikasi P&P.
“Antara perkara ditekankan kepada pelajar ialah mempelbagaikan kegunaan komputer dan internet bukan untuk mengakses laman sosial dan permainan saja, malah memanfaatkan perisian seperti Oracle Think Quest untuk menyiap dan menghantar tugasan mereka secara online,” katanya.
Saemah berkata, integrasi ICT dalam P&P juga memudahkan guru sekolah itu mengendalikan kelas dan menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.
Beliau memberi contoh, bagi pengajaran Seni Lukis menggunakan Interactive White Board, pelajar diajar menggunakan program asas Paint bagi menghasilkan lukisan sebelum diperkenal kepada perisian lanjutan seperti Photoshop dan Illustrator yang membolehkan mereka membuat rekaan kulit majalah sekolah dan t-shirt persatuan.
“Peralatan dibekalkan kementerian adalah Interactive White Board, I-Kit, perisian P&P Learning Management System dan komputer.
“Bagi memastikan peralatan ini dimanfaatkan sepenuhnya, sekolah khususnya guru penyelaras bestari perlu melakukan inisiatif tambahan seperti sentiasa memperkenalkan perisian terkini di pasaran serta mewujudkan laman sosial tertentu seperti google group untuk memudahkan interaksi guru dan pelajar secara online,” katanya.
TAHNIAH DARIPADA KAMI PIHAK PKG KALUMPANG (tumpang sekaki)Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-19145674396657161952009-12-09T09:46:00.000+08:002009-12-09T09:47:56.056+08:00Kementerian Pelajaran teliti sesi persekolahan 2010PUTRAJAYA 30 Nov. - Kementerian Pelajaran melakukan penelitian secara dekat membabitkan persiapan menghadapi sesi baru persekolahan pada tahun depan.
Ini bagi memastikan semua isu berhubung penggal persekolahan dapat ditangani sebelum sesi persekolahan 2010 bermula.
Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di sini hari ini
Menurut kementerian itu, jawatankuasa tersebut memperincikan semua isu berkaitan persekolahan dan mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikannya.
"Segala isu melibatkan pelbagai aspek seperti infrastruktur, perabot, peralatan, penempatan guru, bayaran tambahan dan banjir.
"Komitmen kementerian adalah memastikan kemudahan asas untuk setiap murid iaitu satu set meja dan kerusi serta sat set buku teks bantuan disediakan pada hari pertama persekolahan," kata kenyataan yang dikeluarkan pada mesyuarat berkenaan di sini.
Sesi persekolahan tahun depan bermula pada 3 dan 4 Januari 2010.
Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri dan ketua-ketua jabatan di kementerian itu.
Kenyataan itu menyebut, isu-isu yang mungkin timbul semasa sesi persekolahan 2010 dikenalpasti oleh Jawatankuasa Petugas Khas Penggal Persekolahan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.
"Jawatankuasa itu telah mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu atau boleh diambil bagi mengatasi dan mengurangkan masalah yang mungkin timbul pada hari pertama persekolahan.
"Ini mengunakan instrumen Pangkalan Data Laporan Akhir Tahun (dBLAT)," katanya.
Ihsan Arkib Utusan Malaysia Online 1/12/2009Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-13985624305281482872009-12-08T11:35:00.000+08:002009-12-08T11:36:24.411+08:00Membaca dalam tren dilancarKUALA LUMPUR 7 Dis. - Program Membaca 1Malaysia dilancarkan hari ini bagi meningkatkan amalan membaca di dalam pengangkutan awam khususnya kereta api di kalangan rakyat Malaysia.
Bertemakan Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan Bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), program tersebut menjadikan semua gerabak KTMB dilengkapi dengan sudut bacaan.
Sudut bacaan tersebut berupa rak besi yang memuatkan sekurang-kurangnya 50 bahan bacaan ringan termasuk majalah dan buku cerita dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Pelancaran program berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie di dalam tren khas ke Ipoh hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program berkenaan, beliau berkata, statistik Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua terakhir dalam senarai celik huruf negara ASEAN dan Asia Pasifik.
''Malaysia menduduki tangga ke-11 daripada sejumlah 12 negara yang disenaraikan dengan Vietnam berada pada tangga terakhir.
''Australia, Jepun, Korea dan New Zealand menduduki empat tangga pertama dengan 99 peratus kadar celik huruf. Malah Indonesia juga mendahului Malaysia dengan kadar celik huruf sebanyak 92 peratus berbanding Malaysia iaitu 91.9 peratus,'' katanya.
Tambah Seai Kie, kadar celik huruf sesebuah negara mempunyai kaitan dengan tahap kemajuan negara tersebut.
''Justeru saya berharap Program Membaca 1Malaysia akan dapat memupuk tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekali gus meningkatkan peratus celik huruf negara,'' katanya.
Seai Kie menambah, beliau percaya program berkenaan akan mendapat sambutan yang baik daripada penumpang KTMB.
Program Membaca 1Malaysia adalah anjuran KTMB dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan Karangkraf sebagai penyumbang bahan bacaan.
Rak buku bagi sudut bacaan dalam gerabak kereta api pula adalah sumbangan Nagasteel Equipment Sdn. Bhd.
Selain sudut bacaan dalam gerabak KTMB, satu bank buku turut dilancarkan di Stesen Sentral bagi memudahkan orang ramai menderma bahan bacaan terpakai untuk diletakkan di sudut bacaan dalam kereta api.
Jelas Seai Kie, bagaimanapun, setiap bahan bacaan yang didermakan akan dinilai kesesuaiannya sebelum diletakkan di sudut bacaan setiap tren.
Sempena pelancaran program Membaca 1Malaysia hari ini juga, sekumpulan kanak-kanak dan wakil media turut dibawa menaiki kereta api shuttle ke Ipoh bagi menyaksikan sendiri pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang perjalanan hari ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaca bersama, mendengar cerita, menyanyi, mewarna, melukis dan menghasilkan kraf tangan.
Oleh ROHANI IBRAHIM
pengarang@utusan.com.myWahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-55112963852078892432009-12-07T14:59:00.002+08:002009-12-07T15:16:03.762+08:00Bengkel Pelaporan Aktiviti 2009Bengkel telah diadakan pada 1-4 Disember 2009 di PNB Ilham Resort, Port Dickson. En. Abd. Wahi telah mewakili PKG Kalumpang. Selepas melapor diri pada jam 5.45 petang dan makan malam, majlis pun bermula pada jam 8.30 malam. Dimulai dengan Ucaputama KPP BTPN Selangor (Tn. Hj. Ahmad Dahlan bin Kardi) dan diakhiri dengan taklimat oleh Tn. Hj. Abu Omar bin Mos (KU PICT).
Esoknya (2hb.) bermula pembentangan oleh Unit-unit BTPN Selangor sehingga tengahari. Sebelah petang giliran PKG yang dimulai oleh daerah Klang. Daerah Hulu Selangor mendapat giliran ke 2. Tn. Hj. Yusoff (PTP PKG Sg. Choh) telah mengetuai pembentangan Laporan Aktiviti PKG daerah Hulu Selangor. Sukses... walaupun sangkut kat STS.
Pembentangan aktiviti PKG berlarutan hingga ke malam (9 daerah semuanya).
Esoknya pula (3 hb.) lembaran baru pula dibuka iaitu Perancangan Aktiviti 2010. Tuan KPP telah menerangkan mengenai NKRA dan KPI KPM... pening jugalah nak memahamkannya. Perancangan tahun depan mestilah mengambil kira ke dua-dua perkara ini.
Pada pagi terakhir (4hb.), setiap kumpulan membentangkan hasil bengkel yang telah dibuat semalam. Pn. Nik Asma membentangkan Perancangan Aktiviti 2010 BTPN, Tn. Hj. Abu Omar (Laporan Aktiviti 2009 BTPN)), En. Mohd. Sujang (Laporan Aktiviti 2009 PKG) dan En. Ab. Salam pula membentangkan Perancangan Aktiviti 2010 PKG.
Bengkel ditamatkan pada jam 12.00 tengahari... lepas makan apa lagi baliklah.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-47784399609680009862009-12-01T13:27:00.001+08:002009-12-01T13:29:42.942+08:00Taklimat Kampus ASTROTaklimat telah disampaikan oleh Dr. Suhaimi Kadir (BTP), Pn. Aini Suraya dan En. Zulkarnain Hamidun daripada ASTRO semasa Perhimpunan Bulanan.
Setiap PKG dan sekolah akan mendapat bekalan baru set ASTRO bersama TV Plasma 32”. Pihak ASTRO membelanjakan RM30 juta bagi membiayai projek ini. Kontrak selama tiga tahun (01.01.2009 - 31.12.2011). Pemasangan di PKG akan bermula pada awal Januari 2010 manakala pemasangan di sekolah pula pada hujung Januari 2010.
Semoga program ini akan dimanfaat sepenuhnya oleh warga KPM bagi memaksimumkan penggunaan teknopen dalam P&P.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-88578711388471480792009-11-30T11:03:00.000+08:002009-11-30T11:05:02.519+08:00Perhimpunan Bulanan BTPN Selangor November-DisemberPerhimpunan Bulanan BTPN Selangor kali ke 6 bagi tahun ini telah dilaksanakan pada 16 November 2009 di bilik Merpati, BTPN Selangor. Majlis pada kali ini telah menggabungkan urusetia yang terdiri dari Unit Media, Promosi dan Inovasi, Unit Hal Ehwal PKG dan PKG daerah Hulu Selangor . Tema dipilih ialah ’Hitam Putih Kehidupan’.
Majlis dimulakan oleh nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor diikuti dengan bacaan doa. Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam pula telah diketuai oleh En. Mohd. Amin, Juruteknik Komputer PKG Kalumpang.
Majlis seterusnya telah mendengar ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Perhimpunan Bulanan iaitu Pn. Rusita Sahari yang merupakan Ketua Unit Media, Promosi dan Inovasi. Beliau telah menjelaskan mengenai maksud tema ’Hitam Putih Kehidupan’ yang nampak ringkas tetapi mengandungi makna yang amat mendalam di dalam kerjaya dan keluarga seseorang kakitangan awam.
Kemudian, Tn. Haji Ahmad Dahlan bin Kardi, KPP BTPN Selangor telah menyampaikan ucapan, amanat dan pesanan seterusnya menyempurnakan sesi penyampaian cenderamata. Pada kali ini seramai 8 orang menerima cenderamata hari lahir November dan 12 orang lagi bagi bulan Disember. Majlis juga telah menyampaikan cenderamata ’Pengantin Baru’ kepada En. Sharifuddin Bakhtiar Juruteknik J17.
Perhimpunan kali ini juga telah menyelitkan Taklimat Kampus ASTRO yang disampaikan oleh Dr. Suhaimi Kadir, Pn. Aini Suraya dan En. Zulkarnain daripada ASTRO.
Majlis telah diakhiri dengan nyanyian lagu Satu Malaysia. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga dititipkan kepada semua AJK yang telah menjayakan majlis ini.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-5430678021506074532009-11-30T10:06:00.002+08:002009-11-30T10:11:47.562+08:00Selamat Hari Raya Aidil AdhaSelamat menunaikan ibadah korban... semoga ibadah ini dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Allah S.W.T. dan dikurniakan pahala yang tidak terhingga nilainya.
Doa dipanjatkan buat ahli keluarga, rakan-rakan, saudara-mara dan seluruh umat Islam yang sedang mengerjakan haji di tanah suci... semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan balik.
Macam-macam mesej yang kita dapat daripada kawan-kawan, itulah maknanya bila teknologi ICT dah semakin canggih sekarang ni.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-91260801559718640112009-11-30T10:01:00.002+08:002009-11-30T10:05:43.934+08:00Bengkel Buletin Inspirasi.comBengkel telah diadakan pada 23 hingga 25 November 2009 di BTPN Selangor. Seramai 12 orang ahli telah hadir, 4 orang daripada Unit PSP serta 8 orang wakil PKG setiap daerah. Daerah Hulu Selangor diwakili oleh En. Abd. Wahi.
Sebanyak 3 berita dari PKG Kalumpang dan 3 berita berkaitan daerah telah dibahas dan diedit oleh ahli editor. Semuanya terdapat lebih kurang 50 berita akan diterbitkan untuk Inspirasi.com Bil 2/2009.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-52919084415685307152009-11-23T17:23:00.001+08:002009-11-23T17:25:12.493+08:00Mesyuarat PKG Daerah Hulu SelangorTelah diadakan pada 19 November yang lepas di PKG Sungai Choh. Seramai 10 orang ahli PKG telah hadir. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Abd. Wahi bin Wahid, selaku Ketua PKG Daerah Hulu Selangor.
Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan ditangguhkan pada jam 2.00 petang.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-75790822257416962652009-11-18T12:52:00.003+08:002009-11-18T16:48:43.268+08:00Aktiviti Pertengahan NovemberNampaknya seperti biasa juga, bila dekat-dekat nak cuti sekolah ni banyaklah program yang diadakan. Tak sempat nak update blog. Ada juga program di sekolah dan masyarakat setempat yang terpaksa diketepikan kerana terdapatnya komitmen lain.
Pada hari Sabtu, bertugas di PKG kerana ada pengguna iaitu 2 kumpulan Pemeriksa Kertas PMR iaitu Matematik dan Pendidikan Islam. Kemudian hari Ahad, ada Mini Konvokesyen Tabika KEMAS Kerling (En. Abd. Wahi merupakan Pengerusi Tabika). Sebelah petangnya bertolak pula ke BTPN Selangor kerana membuat persiapan Perhimpunan Bulanan (Nov & Dis) BTPN Selangor. PKG Daerah Hulu Selangor jadi tuan rumah bersama Unit Media, Promosi dan Inovasi serta Unit Hal Ehwal PKG.
Pagi Isnin (16 Nov.) bermulanya Perhimpunan Bulanan dan diselitkan dengan Taklimat Kampus ASTRO yang berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kemudian di sebelah petangnya menghadiri Mesyuarat Penyelarasan BTPN/PKG Bil. 05/2009.
Hari Selasa pula sehari suntuk di SMK Kalumpang mengadakan Khidmat Bantu ICT dan PSS. Hari Rabu barulah free sedikit, tapi kena jaga PKG pula kerana tinggal seorang sahaja.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-91547314803047047252009-11-14T08:10:00.001+08:002009-11-14T08:10:57.534+08:00Guru punca pelajar bosan (BENARKAH?)KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sikap guru yang membosankan dan tidak tahu menggunakan pendekatan psikologi bagi menarik perhatian pelajar menjadi punca kepada kegiatan ponteng sekolah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, situasi itu terjadi disebabkan ada antara guru tidak ikhlas melakukan pekerjaan itu.
Menurutnya, segelintir guru ini tidak berminat menjadi guru namun ekoran ketiadaan pilihan lain, mereka terpaksa menerima pekerjaan berkenaan.
''Apabila tiada minat, mereka ini sekadar melepaskan syarat sahaja mengajar murid-murid di sekolah tanpa ada sebarang kesungguhan dan komunikasi dua hala.
''Inilah punca sebenarnya membuatkan pelajar berasa bosan berada dalam kelas,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai 178 murid ditahan di kafe siber dalam Operasi Ponteng Ayuh Ke Sekolah! di sekitar Sri Rampai, Keramat dan Wangsa Maju di sini kelmarin.
Salah seorang murid terbabit memberitahu, dia bertindak demikian kerana bosan berada dalam kelas.
Hashim menegaskan, kumpulan guru seperti ini perlu mengubah sikap dan memperbaiki diri bagi memikat pelajar untuk datang ke sekolah.
''Jangan kerana tidak ada minat maka pelajar-pelajar ini menjadi mangsa pemberontakan mereka.
''Cara ini salah, mereka perlu mencari jalan agar pelajar-pelajar ini mempunyai minat untuk belajar selain bantuan yang diberikan oleh ibu bapa,'' katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, pula berpendapat, kegiatan ponteng sekolah berlaku kerana tiada aktiviti dianjurkan oleh pihak sekolah pada penghujung akhir tahun.
''Guru pada masa ini sibuk kerana terpaksa memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun di samping penyeliaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,'' katanya.
Beliau berkata, waktu senggang pelajar pada masa ini amat sesuai diisi dengan program bermanfaat seperti kegiatan sukan, kelas kemahiran teknologi maklumat (IT) dan aktiviti perkhemahan.
''Maka saya menyeru Kementerian Pelajaran supaya dapat memikirkan sesuatu bagi mengatasi masalah ini.
''Banyak perkara dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar ini daripada membuang masa tidak berbuat apa-apa di sekolah,'' katanya.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-86807538886806558202009-11-11T15:37:00.002+08:002009-11-11T15:54:21.110+08:00Pemantauan ISO Khidmat Bantu PSSHari ini, En. Abd. Wahi telah mengiringi Ust. Zainuddin Kasman, PTP Unit PSP BTPN Selangor membuat pemantauan Khidmat Bantu PSS. Lawatan ini merupakan pemantauan khas untuk melengkapkan prosedur ISO setelah khidmat bantu PSS BTPN Selangor selesai dijalankan pada 20-24 Julai yang lalu.
Pemantauan bermula di SK Kerling pada jam 8.25 pagi sehingga jam 10.30 pagi, seterusnya bergerak ke SK Sungai Selisek pada jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengahari.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-65314224922839903222009-11-10T15:51:00.003+08:002009-11-10T17:48:22.640+08:00Bengkel Penilaian Prestasi Pegawai/StafPada tahun ini, cara untuk membuat penilaian prestasi pegawai dan staf PKG telah diubahsuai bagi tujuan memantapkan pengisian Borang Prestasi (LPNT), penilaian yang lebih telus dan mengurangkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak.
Bengkel berkenaan diadakan sepanjang minggu ini di BTPN Selangor. Semua PT dan FT akan dinilai oleh PTP1 (PPK) dan PTP2 (PPP), PTP2 pula akan dinilai oleh PTP1 PKG (PPP) dan PTP DGA34 Unit PKG (PPK). Namun begitu, bagi PKG yang tiada pegawai PTP1 atau PTP2... penilaian prestasi akan dilakukan oleh PTP DGA34 (PPP) dan Ketua Unit PKG (PPK).
PKG daerah Hulu Selangor telah pun dinilai pada petang Isnin (9.11.2009). Bagi pegawai dan staf PKG Kalumpang, En. Mohd. Amin (FT) dinilai oleh Pn. Khairul Faridah (PPP) dan En. Abd. Wahi (PPK). Pn. Khairul Faridah dinilai oleh En. Abd. Wahi (PPP) dan En. Abd. Rahman (PTP DGA34-PPP), manakala En. Abd. Wahi pula telah dinilai oleh En. Abd. Rahman (PTP DGA34-PPP) dan Pn. Zariah (KU PKG-PPK). Tiga orang sajalah sebab PT masih belum ada pengganti lagi.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-27676172104525032082009-11-10T15:44:00.000+08:002009-11-10T15:48:01.289+08:00Satu MalaysiaBerdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina satu Malaysia
Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua
http://kebudayaan.kpkk.gov.my/gallery/audio/19/23/?audio=208Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-47010352592728840052009-11-08T19:23:00.000+08:002009-11-08T19:24:02.478+08:00PNM, KTMB lancar program membaca dalam keretapiKUALA LUMPUR 8 Nov. — Pelbagai inisiatif dilakukan pelbagai pihak dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk membudayakan amalan membaca di kalangan masyarakat di Malaysia.
Terbaru, program Membaca 1Malaysia yang dinamakan ”Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan” anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dilaksanakan bagi menggalakkan penumpang keretapi menyemai sikap minat membaca walaupun semasa menggunakan pengangkutan itu.
Program yang turut mendapat kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu pada pra pelancarannya hari ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada penumpang keretapi dari Stesen Kuala Lumpur ke Gemas, Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata dengan bilangan pengguna KTMB menjangkau 10,400 orang setiap hari, program seperti itu dilihat sesuai dan efektif dalam menggalakkan penumpang membaca sebagai mengisi masa terluang.
"PNM menyediakan bahan bacaan atau Bank Buku di mana orang ramai digalak menderma buku untuk dijadikan bahan bacaan kepada penumpang keretapi,” katanya sebelum bermulanya perjalanan ke Gemas di Stesem KL Sentral sini, hari ini. - BernamaWahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-77144488585383634312009-11-05T14:47:00.003+08:002009-11-05T16:12:58.066+08:00Pertandingan Jejak Maklumat PKGSempena Kem Membaca 1 Malaysia, PKG Kalumpang telah menjalin kerjasama dengan PSS SK Hulu Bernam untuk menganjurkan Pertandingan Jejak Maklumat peringkat PKG Kalumpang. Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 04 November 2009 di sekitar kawasan SK Hulu Bernam.
Seramai 50 orang murid daripada 10 buah sekolah rendah telah menyertai aktiviti ini. Sekolah yang terlibat iaitu SK Hulu Bernam, SK Kalumpang, SK Kerling, SK Lembah Beringin, SJK (C) Kalumpang, SJK (C) Kerling, SJK (T) Ladang Kalumpang, SJK (T) Ladang Kerling, SJK (T) Ladang Changkat Asa dan SJK (T) Ladang Escot.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga dititipkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini. Sedikit sebanyak ia dapat menyerikan lagi aktiviti tahunan PKG Kalumpang.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-82671948861447162532009-10-30T14:53:00.003+08:002009-11-10T15:49:13.946+08:00Kursus Protokol dan Etiket SosialKursus ini telah diadakan pada 27-30.10.2009 di Hotel Empress, Sepang. Berbagai slot telah diadakan bagi mempertingkatkan ilmu dan kemahiran pegawai dan staf BTPN Selangor dan rangkainnya di dalam pengurusan.
Saya hanya hadir pada petang 28.10.2009 dan mengikuti slot malam selepas majlis penutupan Kursus Video Panasonic. Jadi tak dapatlah mengikuti 3 slot pada sebelah siangnya berkenaan Pengendalian Majlis dan Pengacaraan Majlis Rasmi (Datin Che Normadiah). Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih dapat mengikuti 6 lagi slot yang sememangnya amat berguna untuk diri sendiri dan organisasi.
Slot seterusnya iaitu Komunikasi (Pn. Rusita Sahari), Bekerja sebagai Ibadah, Seronoknya Bekerja (Ust. Ahmad Fuad) serta slot terakhir diisi oleh Tn. Hj. Abd. Aziz (Peraturan2 Pegawai Awam - Kelakuan dan Tatatertib).
Terima aksih kepada semua penceramah yang telah sudi mencurahkan ilmu anda keoada kami semua... begitu juga kepada pihak Ketua Unit yang hadir, urusetia kursus serta semua yang membantu bagi menjayakan kursus ini.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-14441531085414675872009-10-28T09:54:00.003+08:002009-10-28T10:19:07.637+08:00Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor 2009Berikut adalah senarai pemenang majlis berkenaan yang telah diadakan pada 22 Oktober 2009 di Hotel Crystal Crown, Klang. Majlis ini merupakan anjuran BTPN Selangor.
Pengurusan NILAM Cemerlang
SM Bandar
1 SMK Seafiled, Petaling Perdana
2 SMJK Kwang Hwa, Klang
3 SMK Pandan Indah, Hulu Langat
SM Luar Bandar
1 SBPI Gombak
2 SMK Sultan Abd. Samad, Kuala Langat
3 SM (P) Kapar, Klang
SR Bandar
1 SK Bandar Anggerik, Petaling Perdana
2 SK Taman Melawati, Gombak
3 SK Taman Muda, Hulu Langat
SR Luar Bandar
1 SK Saujana Impian, Hulu Langat
2 SK Jalan Kebun, Klang
3 SK Bukit Rawang Jaya, Gombak
Anugerah NILAM
SM Bandar
1 Afiq Fakhri b. Mohd Salimi SMAP Kajng, Hulu Langat
2 Nuradila bt. Mohd. Shukri KISAS, Klang
3 Hairina Izah bt. Khairol Anuar Sepang
SM Luar Bandar
1 Syed Akmal Safiq bin Syed Haris SMK Taman Jasmin 2, Hulu Langat
2 Mohd. Azman bin Kholid SBPI Gombak
3 Mahfuzah bt. Atan SMK Bkt. Sentosa, HS
SR Bandar
1 Yootha Tiki Yong SK Seri Petaling, Petaling Utama
2 Faizah Mohd. Affandi SK Taman Nirwana, HL
3 Lee Zhu Ling SK La Salle, Klang
SR Luar Bandar
1 Nurliyana bt. Faiz SK Bandar Baru Bangi, HL
2 Nur Nabila Aula bt. Suhaimi SK Tok Khalifah, SB
3 Umar Muslim bin Ahmad Kamal SK Bkt. Rimau, Klang
Tokoh NILAM SM -
Syed Akmal Safiq bin Syed Haris SMK Taman Jasmin 2, Hulu Langat
Tokoh NILAM SR -
Yootha Tiki Yong SK Sri Petaling, Petaling Utama
Pengurusan NILAM PPD
1 PPD Hulu Langat
2 PPD Sabak Bernam
3 PPD Kuala Langat
PSS Cemerlang
SM Bandar
1 SMK Pusat Bandar Puchong 1, Petaling Perdana
2 SMK Cyberjaya, Sepang
3 SMJK Kwang Hwa, Klang
SM Luar Bandar
1 SMK Meru, Klang
2 SMK Bukit Sentosa, Hulu Selangor
3 SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam
SR Bandar
1 SK Taman Sri Andalas, Klang
2 SK Taman Muda, Hulu Langat
3 SK Dato’ Onn Jaafar, Petaling Perdana
SR Luar Bandar
1 SK Sementa, Klang
2 SK Sg. Limau, Sabak Bernam
3 SK Desa Putra, Sepang
Pengurusan Makmal Komputer Cemerlang
1 SK Bukit Kapar, Klang
2 SMK Rawang, Gombak
3 SK Jalan 6, Bangi, Hulu Langat
Pengurusan Pusat Akses Sekolah Cemerlang
1 SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam
2 SK Bukit Rawang Jaya, Gombak
3 SMK Taman Klang Utama, Klang
Kecemerlangan PKG
Berbangunan
1 PKG Batu 38
2 PKG Salak
3 PKG Sg. Besar
4 PKG Kuala Selangor
5 PKG Tg. Karang
6 PKG Batu Laut
Berbangunan Sementara
1 PKG Jalan Meru
2 PKG Hulu Klang
3 PKG Sg. Air Tawar
4 PKG Kuala Kubu Bharu
5 PKG Kajang
Video Klip PKG
1 PKG Kuala Selangor
2 PKG Hulu Klang
3 PKG Kg. Soeharto
Inovasi Dalam Teknologi Pendidikan
1 En. Jawahir Haron - SMK Taman Kosas, Hulu Langat
2 En. Mueis bin Abd. Shukor - SK Jalan 6, Bangi
3 En. Mohd Amir b.Mohd Dahlan SMK Cyberjaya, Sepang
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM SEMUA PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN.
TAHNIAH KEPADA YANG TELAH MENJADI PEMENANG.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2972735194612222984.post-44680217799111912242009-10-28T09:13:00.002+08:002009-10-28T09:23:32.357+08:00Rumusan Pengisian Data SPPICTS 03/2009Kutipan data SPPICTS telah pun dilaksanakan pada 14 September hingga 19 Oktober 2009. Prestasi pengisian data oleh sekolah adalah seperti berikut :-
PKG Kg. Soeharto - 11/11 sekolah
PKG Kalumpang - 11/11 sekolah
PKG Kuala Kubu Bharu - 11/20 sekolah
PKG Sg. Choh - 17/23 sekolah
Prestasi pengisian dan kutipan data seperti ini amatlah membimbangkan dan tidak melambangkan kesediaan sekolah-sekolah untuk beralih ke arah program Pembestarian Sekolah. Hasrat KPM untuk mempertingkatkan kemudahan dan penggunaan ICT di sekolah akan terganggu (sukar mencapai sasaran) jika segala data yang ingin dikumpulkan tidak dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Pihak PKG yang mewakili BTP telah dipertanggungjawabkan bagi memantau pengisian data ini. Kami amat memerlukan bantuan daripada pihak sekolah bagi melaksanakan pengisian data ini.Wahi - PKG Kalumpanghttp://www.blogger.com/profile/11065242540439875409noreply@blogger.com0