Saturday, April 7, 2007

Mesyuarat Penyelarasan PKG Daerah Hulu Selangor

Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada 02 April 2007 (Isnin) bertempat di PKG Sungai Choh. Semua pegawai dan staf sokongan Pusat Kegiatan Guru di daerah Hulu Selangor telah menghadirinya. Turut hadir ialah Pn. Nik Asma bt. Nik Ahmad, Ketua Unit PSS dan PKG PSPN Selangor.

Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan telah dipengerusikan oleh En. Abd. Wahi bin Wahid, Ketua PKG Kalumpang merangkap Ketua PKG Daerah Hulu Selangor. Banyak perkara yang telah dibincangkan di dalam meyuarat ini yang berlarutan sehingga jam 4.00 petang. Antaranya ialah :
- penyelesaian kerja PKR
- pembangunan PKG daerah
- pengurusan Pusat Akses - audit dan pemantauan
- Pertandingan Pusat Sumber Sekolah
- Khidmat bantu PSS daerah
- Kem NILAM daerah
- Khidmat bantu PKG Sg. Choh
- Hari Keluarga PKG daerah

En. Azman bin Mohd. Aris dan En. Adli bin Ibrahim (PKG Kampong Soeharto), Pn. Semariati bt. Kiman dan Pn. Norul Huda bt.Mat Zaki (PKG Kuala Kubu Bharu) Pn. Khairul Faridah bt. Hasan dan En. Mohd Nazzary bin Shamsuddin (PKG Kalumpang) serta En. Mohamad Yusof bin Abdul Aziz, En. Mohammadiah Iskandar dan Pn. Ruzana bt.Tukimon (PKG Sungai Choh).

3 comments:

KUTV PPDHS said...

Tahniah kepada En Wahi. Semoga ramai lagi akan menyertai KUTV, menyediakan blog yang boleh dikongsi bersama.

Apabila blog wujud, seperi blog ini selain semua warga pendidik boleh berkongsi maklumat. Hubungan antara pengendali blog lebih mudah. Sebagai contoh, saya sendiri boleh mendapatkan maklumat aktiviti PKG melalui blog ini.

Sebenarnya inilah harapan saya apabila saya telah berjaya mewujudkan blog saya. Saya berharap semua penyelaras makmal komputer dapat saya rangkaiankan sebegitu rupa. Saya boleh dapat maklumat, boleh beri komen, atau dapatkan maklumat dan lain-lain seperti yang saya lakukan sekarang.

Hasrat saya masih belum kesampaian. Walau bagaimanapun dengan adanya blog En Wahi, hati saya reda sedikit. Saya juga berharap 3 lagi rakan PKG kita akan menyertai kita selepas ini. Semoga mesej dan harapan saya ini akan sampai kepada mereka, mungkin En Wahi boleh tolong sampaikan hasrat dan harapan saya.

Teruskan usaha baik ini.
KUTV PPDHS.

Wahi said...

Insyaallah... saya telah kemukakan hasrat tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Akan diperkembangkan pula kepada seluruh PKG di negeri Selangor.

Wahi said...

Insyaallah... saya telah kemukakan hasrat tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Akan diperkembangkan pula kepada seluruh PKG di negeri Selangor.