Monday, June 8, 2009

PERMATApintar

Program ini merupakan ilham isteri PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor semasa beliau mash lagi menjadi isteri TPM dahulu. Hasil ilham beliau ini telah digarap sehingga menjadi satu program khas bagi memperjuangkan nasib anak-anak PCB (pintar, cerdas, berbakat) yang sering terpinggir di sekolah-sekolah negara kita.

Pasti anda masih ingat lagi dengan Adi Putra... anak genius matematik yang menjadi satu fenomena di dalam bidang pendidikan kita. Bapa beliau tidak percaya yang sekolah di negara kita mampu untuk mendidik Adi Putra. Apatah lagi nasib yang menimpa Hadafi Shukri dan Suffiah. Ekoran dari itu, maka dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, terciptalah suatu program yang dinamakan PERMATApintar khusus untuk menangani masalah ini.

Maklumat lanjut boleh diakses menerusi laman web http://www.permatapintar.com.my

Sehubungan itu, PPD Hulu Selangor menerusi Pn. Mazlina Muhammad, Penyelia Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas telah bekerjasama dengan PKG Kalumpang untuk mengadakan Taklimat Pelaksanaan dan Pemantauan Ujian Saringan UKM-PERMATApintar. Seramai 60 orang Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor telah hadir bagi mendengar takimat ini yang disampaikan oleh 2 orang Penyelia Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negari Selangor, En. Zulkifli Ahmad dan Pn. Zazaluma Harun.

Wednesday, May 27, 2009

Sambutan Hari Guru Daerah Hulu Selangor

Majlis berkenaan telah diadakan pada 26 Mei 2009 di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu. Bermula pada jam 2.30 petang dan ditamatkan dengan jayanya pada jam 5.00 petang.

Pihak PKG diamanahkan sebagai Urusetia terutamanya dari segi teknikal dan presentation. Alhamdulillah, majlis ini telah berjalan lancar dan mengikut jangkaan masa. Semoga semua yang telah terhibur dan dapat merasakan semangat serta kehangatan Sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Tuan PPD Hulu Selangor telah melahirkan rasa bangga serta mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang bertanggung jawab untuk menjayakan majlis ini. Tahniah buat semua.

Kursus Pembinaan Laman Web & EduwebTV

Kursus telah diadakan pada 23 Mei 2009 oleh guru-guru SJK(T) Ladang Changkat Asa. Seramai 12 orang guru sekolah termasuk Guru Besar iaitu Pn. G. Saroja telah menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Unit LADAP sekolah ini. Pn. Shamaala dan Pn. Hemaalatha telah bertindak sebagai penceramah kursus ini yang diadakan di Makmal Komputer PKG Kalumpang. En. Abd. Wahi telah bertindak sebagai fasilitator kursus.

Tn. Hj. Suhaimi Rashid, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor turut hadir membuat tinjauan pada jam 10.15 pagi. Kunjungan selama 30 minit ini menunjukkan tentang komitmen dan kesungguhan Tuan PPD mengenai aktiviti dan latihan guru-guru.

Kursus yang bermula dari jam 9.00 pagi ini telah ditamatkan pada jam 2.00 petang tanpa henti. Tahniah buat guru-guru SJK(T) Ladang Changkat Asa.

Friday, May 22, 2009

Kursus Pengurusan 5S

Hari ini pihak Unit ISO BTPN Selangor menganjurkan Kursus Pengurusan 5S khas untuk staf BTPN dan PKG. Semua Ketua Unit, PTP BTPN, PTP PKG serta staf sokongan BTPN dan PKG negeri Selangor telah menyertai kursus sehari ini. Semua PTP PKG telah hadir kecuali PTP2 yang menghadiri Kursus Effective Communication di Ilham Resort.

Tahniah buat En. Mohd. Nasir yang berjaya mengendalikan kursus ini. Tidak lupa juga buat En. Addnan bin Abd. Hamid, PP Unit Intervensi BTP yang menjadi penceramah sepanjang kursus ini berjalan.

5 S berasal dari bahasa Jepun (ilham Prof. Yuji Ueda) iaitu SEIRI, SEITON, SEISO, SEIKETSU, SHITSUKE. Perkataan ini bermaksud SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Banyak ilmu yang diperolehi dari kursus ini dan diharap semua staf akan dapat mengaplikasikannya di premis masing-masing.

Thursday, May 21, 2009

Taklimat Kerja Projek Pendawaian LAN - KPM

Pagi ini saya telah menghadiri aktiviti di atas di Bilik Semarak, BTPN Selangor. Taklimat disampaikan oleh Tn. Hj. Abu Omar bin Mos, Ketua Unit PICT, BTPN Selangor. Kehadiran taklimat terdiri daripada 2 orang PTP Unit PICT, 2 orang wakil Unit Pengurusan dan Maklumat JPN Selangor, 2 orang wakil PPD (Petaling Utama dan Petaling Perdana) serta Ketua-ketua PKG Daerah . Turut hadir ialah 3 orang wakil Syarikat Bayutronik iaitu kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja ini.

Sebanyak 104 buah sekolah telah terpilih untuk menyertai projek ini. Terdapat 7 buah sekolah dari daerah Hulu Selangor. Tugas PKG ialah membuat pemantauan seterusnya mengesahkan kerja-kerja yang dibuat sebelum urusan pembayaran dapat dilaksanakan.

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU

Rasanya belum terlambat lagi bagi kami untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua pendidik di negara ini.
Bagi daerah Hulu Selangor, Sambutan Hari Guru akan diadakan pada 26 Mei 2009 di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu. Pihak PKG diamanahkan sebagai Urusetia terutamanya dari segi teknkal dan presentation. Semoga majlis in akan berjalan lancar.

Saturday, May 16, 2009

Kursus EduwebTV SK Kerling

Hari ini, Sabtu 16 Mei 2009 merupakan Hari Guru. Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan diadakan di Kuala Terengganu.

Guru-guru SK Kerling pule sedang mengikuti Kursus EduwebTV di sekolah dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Perbelanjaan kursus ini menggunakan wang LADAP. Penceramah kursus ialah En. Abd. Wahi, Ketua PKG Kalumpang. Seramai 15 orang guru telah menyertai kursus ini termasuklah Guru Besar, Pn. Maimunah dan GPK1, Pn. Umi Kalsom.

Selamat Berkursus.