Monday, June 8, 2009

PERMATApintar

Program ini merupakan ilham isteri PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor semasa beliau mash lagi menjadi isteri TPM dahulu. Hasil ilham beliau ini telah digarap sehingga menjadi satu program khas bagi memperjuangkan nasib anak-anak PCB (pintar, cerdas, berbakat) yang sering terpinggir di sekolah-sekolah negara kita.

Pasti anda masih ingat lagi dengan Adi Putra... anak genius matematik yang menjadi satu fenomena di dalam bidang pendidikan kita. Bapa beliau tidak percaya yang sekolah di negara kita mampu untuk mendidik Adi Putra. Apatah lagi nasib yang menimpa Hadafi Shukri dan Suffiah. Ekoran dari itu, maka dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM, terciptalah suatu program yang dinamakan PERMATApintar khusus untuk menangani masalah ini.

Maklumat lanjut boleh diakses menerusi laman web http://www.permatapintar.com.my

Sehubungan itu, PPD Hulu Selangor menerusi Pn. Mazlina Muhammad, Penyelia Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas telah bekerjasama dengan PKG Kalumpang untuk mengadakan Taklimat Pelaksanaan dan Pemantauan Ujian Saringan UKM-PERMATApintar. Seramai 60 orang Pengetua dan Guru Besar daerah Hulu Selangor telah hadir bagi mendengar takimat ini yang disampaikan oleh 2 orang Penyelia Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negari Selangor, En. Zulkifli Ahmad dan Pn. Zazaluma Harun.

No comments: