Tuesday, February 17, 2009

Karnival Jom Internet

Bertempat di Padang Awam Hulu Bernam, satu program yang melibatkan ICT dan kemasyarakatan telah diadakan pada 8 Februari 2009 bersamaan hari Ahad yang lepas. Program sehari suntuk ini menampilkan pelbagai aktiviti yang mampu merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli masyarakat. Antara aktiviti ialah melayari internet, membuat akaun e-mail, sukaneka, futsal, gerai niaga, karaoke dan pakaian beragam.

Wednesday, January 21, 2009

Mesyuarat ABM BTP-BTPN-PTPB-PKG 2009-2011

Mesyuarat di atas telah diadakan di BTPN Perak pada 19-22 Januari 2009. Seramai 60 orang peserta telah menghadiri mesyuarat ini. Antaranya Ketua Sektor BTP, KPP BTP, PP danPTP BTP, KPP BTPN, PP Pentadbiran BTPN serta 4 orang PTP PKG. Antara objektif mesyuarat ini adalah merangka perbelanjaan untuk 2009, 2010 dan 2011.

Selamat Tahun Baru

Belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009M dan 4130H. Pastikanlah bahawa azam baru yang ditanam untuk tahun ini akan tercapai nanti.

Thursday, November 27, 2008

Bertemu lagi

Selamat bertemu semula... nampaknya agak lama juga saya tiada menulis apa-apa berita di laman ini. Selain daripada sibuk dengan kerja, banyak juga urusan luar seperti keluarga dan komuniti yang perlu diikuti dan dibereskan. Banyak juga tugasan luar (out-station) yang perlu dilayan... sama ada kursus, bengkel mahupun seminar.

Friday, September 12, 2008

Bengkel Ujilari Penghasilan SKT PKG

Mengikut perjanjian di awal tahun, semua bahan yang akan dihasilkan mengikut Fungsi 2 di dalam SKT 2008 PKG hendaklah dibentangkan untuk dinilai pada akhir tahunnya. Hasil daripada penilaian ini akan menentukan sejauhmana pencapaian prestasi PKG berkenaan di dalam Fungsi ini. Oleh itu, setiap apa yang telah dijanjikan... mestilah dikotakan.

Maka, pada 10 September (Rabu) tibalah giliran PKG Kalumpang untuk membentang bahan cetak dan bahan bukan cetak yang telah dihasilkan. Sepatutnya... dua bahan mesti dibentangkan tetapi memandangkan hanya satu bahan sahaja yang telah siap, maka En. Abd. Wahi hanya membentangkan bahan cetak iaitu Carta P&P PJK Tahun 5 - Sofbol.

Terima kasih kepada para penilai yang diketuai oleh Pn. Rusita (KU Media) dan dibantu oleh Pn. Hjh. CT Amarah (PTP Media) En. Zainal (PTP Media) Pn. Hjh. Rokiah (PTP Unit PKG) dan En. Rahman (PTP Unit PKG). Segala komen dan nasihat bagi penambahbaikan bahan akan dibuat kerana Semakan SKT Akhir Tahun ialah pada bulan November.

Penilaian Anugerah Kecemerlangan PKG

Pada 4 September yang lalu... PKG Kalumpang dengan penuh keceriaannya telah menyambut kehadiran 3 orang Panel Penilai dari BTPN Selangor. Lenggang lenggok serta senyuman manis lemparan Pn. Nik Asma (KU PSP/PKG), Pn. Rusita (KU Media) dan Pn. Hjh. Rokiah (PTP Unit PKG) tidak berjaya mengurangkan debaran di hati kami.

Semua aspek telah dinilai... sebabnya pada tahun ini tiada kategori seperti tahun-tahun lepas. Yang ada cuma satu sahaja iaitu PKG Terbaik Keseluruhan. Bagi pihak kami pula, sedaya upaya mencuba untuk memenuhi setiap apa yang dikehendaki mengikut instrumen berkenaan.

Tahniah dan terima kasih kepada yang sudi hadir ke PKG kami.

Monday, July 28, 2008

Kem NILAM daerah Hulu Selangor

Kem telah selamat diadakan pada 22-24 Julai 2008 yang lalu. Kem NILAM tahun ini telah disertai oleh seramai 44 orang murid dari daerah Hulu Selangor. En. Abd. Wahi telah bertindak selaku Naib Pengerusi JK Pelaksana. Kem ini dianjurkan oleh PPD Hulu Selangor dengan kerjasama PKG daerah ini.

Berbagai acara telah dijalankan termasuklah Penilaian Tokoh NILAM, Anatomi Buku, Motivasi Membaca bersama Siti Aisyah Razali (Tokoh NILAM Kebangsaan 2008), Motivasi Membaca PPD oleh En. Mohd. Hasren Damiri (Penyelia KBSR), Rakan Pembaca dan Literasi Maklumat. Pada hari terakhir diadakan pula Pertandingan Jejak Maklumat yang melibatkan semua peserta.

Majlis Perasmian Penutupan kem telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Suhaimi bin Rashid, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor pada jam 3.40 petang hari Khamis (24 Julai 2008).